DEE membuka mata lambat-lambat.Penggera telefon yang dia tetapkan pada telefon pintar atas meja sisi dimatikan.
Selimut ditolak menjauh dari badannya.Dee duduk dengan kaki terjuntai ke bawah.Wajahnya menunduk.Rambut panjang yang memang tak berikat ditolak ke belakang.Dee merenung ke sekeliling bilik.
Keluhan berat terlepas dari bibirnya.
"Astaghfirullahalazim.."Wajahnya diraup.Dia langsung tak boleh tidur.Malam tadi dia bermimpi buruk lagi.Habis basah bajunya dengan peluh dingin.
Ubat yang dipreskripsikan doktor cuma beri dia lena yang sekejap tapi kemudian terjaga lagi.Sudahnya sampai ke subuh dia berjaga.Usai solat subuh Dee cuba untuk tidur semula tapi kemudian dikejutkan pula dengan penggera telefon.
Tidurnya cuma lena empat jam sahaja.Perlahan dengan badan yang lesu tak cukup tidur itu dia mencapai tuala mandi.Kaki diatur lemah menuju ke bilik air.
Rasanya dia perlu keluar dari bilik ini.Mungkin keluar sebentar dari rumah ini.Setiap sudut rasa menyesakkan.
.
.
.
SATU persatu anak tangga dituruni.Dee dah bersiap dengan blouse maroon menutupi peha dan seluar jeans hitam.Dia turut mengenakan tudung bawal kosong bewarna maroon.
"Adik?Nak pergi mana?"Langkah kakinya berhenti bila suara mama menegur sewaktu berjalan melalui ruang tamu rumah.
"Nak keluar sekejap,ma.."Dee membalas dengan senyum ditarik segaris.Wajah Puan Liza yang sedang duduk di atas sofa dipandang.
"Mama teman ya?Adik pucat tu.Takkan nak keluar sorang?"Puan Liza dah berura-ura mahu bangun untuk naik ke bilik dan bersiap.
"Eh tak apa,ma."Dee menghalang.Dia tak nak menyusahkan mamanya.
"Boleh.Dee bawak kereta slow-slow.Lagipun,Dee dah lama tak keluar rumah.Saja nak ambik angin luar.Mama rehat je.Dee okay.."Dee senyum ke arah mamanya.
"Betul ke ni,dik?Nanti kalau Along tahu,bising Along."Puan Liza masih berat mahu melepaskan Dee.Dengan wajah pucat dan keadaan diri Dee yang selama ini banyak berdiam saja selepas kejadian itu buat Puan Liza bertambah risau.
Lagipun,kalau anak lelakinya tahu dia membenarkan Dee keluar sendiri pasti Firdaus akan resah.Sudahlah anak lelakinya itu jauh di Ipoh kerana outstation seminggu nak menguruskan pembukaan cawangan restoran baru di sana.
"Tak apa.Nanti Dee bagitahu Along.."Dee memujuk mamanya.
"Abang Emiir temanlah.."Dee hampir terlompat kerana terkejut dengan suara Emiir yang muncul tiba-tiba dari arah belakang.
"Ab..abang Emiir buat apa dekat sini?"Emiir yang berjalan melepasinya menuju ke arah sofa depan mama itu dipandang tak berkelip.
Dah macam ninja..tahu-tahu muncul.
"Mama yang ajak Abang Emiir datang ke sini.Mama ada buat bubur durian lebih tadi.Semalam kawan mama ada bagi durian banyak semalam.Tu yang teringat Emiir.Mama nak bagi Liya tapi Liya kata harini tak boleh datang.."Puan Liza menjawab bagi pihak Emiir.
Firdaus tak ada jadi sebab itu dia jemput Emiir dan Liya sekali.Mereka dah seperti anaknya.Mereka banyak menolong Dee selama ini.
"Ouh.."Dee menjawab.
"Emiir betul ke nak teman Dee?Tak busy dekat office?"Puan Liza memandang Emiir yang dah mecapai telefon dan kunci kereta dari atas meja kopi itu.
"Hari ni tak ada apa sangat,aunty.Job pasang khemah pun tak banyak dan dah siap pagi tadi.Kalau aunty izinkan,saya boleh je teman dan bawak Dee mana dia nak pergi."Emiir memandang Puan Liza.
ANDA SEDANG MEMBACA
TERNYATA KAMU
RomansaEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...
