DEE melangkah masuk ke dalam rumah ibu dan bapa mentuanya itu.Emiir pula mengikuti belakang Dee sambil mengangkat beg pakaian mereka.Niat mahu bermalam di situ pada hujung minggu itu.
"Sayang,abang naik atas sekejap ya.Nak Solat Asar sekejap lepastu nak mandi sekali.Berlengas pulak rasa badan ni.."Emiir bersuara.
"Okay abang.Dee nak pergi dapur tengok mama."Dee membalas.
Dee mengangguk dan terus menapak naik tangga menuju ke arah bilik mereka yang terletak di atas.
Dee melangkah ke arah dapur yang terletak beberapa langkah dari tangga rumah itu.
"Assalamualaikum.."Dee memberi salam sebaik saja memasuki ruangan dapur.
"Waalaikumussalam.."Serentak tiga suara dari dalam dapur itu menyahut.Dee pandang ke arah ketiga-tiga orang yang sedang duduk di meja bulat kecil di dalam dapur itu.
"Sampai dah menantu mama ni."Datin Alyah menoleh dengan senyuman.
"Sampai dah."Puan Liza pula bersuara.
"Sihat Dee?"Datin Riana yang berdiri di sebelah mamanya itu bertanya.
"Sihat aunty."Dee menjawab soalan Datin Riana dengan senyum mesra.
Dee bersalaman dengan Datin Alya,Puan Liza serta Datin Riana.Dee turut bersalaman dengan Mak Jah yang sedang membasuh ayam di sinki.
Masing-masing dah sampai awal untuk sama-sama menyiapkan hidangan makan malam untuk majlis harijadi kecil-kecilan bapa mentuanya bersekali dengan doa selamat antara mereka sahaja.Datin Alya memang sengaja menjemput cuma ahli keluarga Dee dan keluarga kawan baiknya,Datin Riana pada tahun ini.
"Kak Inara dengan Along mana,ma?"Dee memegang bahu mamanya yang sedang menolong Datin Alya mengupas bawang itu.
Walaupun mempunyai orang gaji dan boleh sahaja menempah katering tapi mama Emiir memang lebih suka untuk bergotong-royong memasak begini bila ada majlis keramaian kecil-kecilan.Lebih seronok dan mesra katanya.
"Dah on the way katanya tadi."Puan Liza menjawab.
"Ouh."Dee mengangguk.
Dia turut menarik kerusi kosong yang terletak antara mamanya dan mama Emiir.
"Dee tak mabuk dah bau bawang ni?"Mama Emiir bertanya prihatin.
"Dah kurang sikit,ma."Dee senyum.
Kalau tidak,lalu sahaja bawang tu pun dia dah berlari pergi ke tandas.
"Emiir mana adik?"Puan Liza bertanya bila tak nampak bayang menantunya itu.
"Dekat atas.Mandi sekejap."Dee menunjuk ke atas.
"Dee kandungan berapa bulan dah?"Datin Riana yang sedang mengupas bawang putih pula bertanya.
"Nak masuk 3 bulan dah aunty."ujar Dee.
"Alhamdulillah.Cepat juga hilang mabuk kamu ya?Dulu aunty mengandungkan si Tasha tu sampai nak dekat bersalin masih alahan lagi."Datin Riana menggeleng perlahan bila mengingati semula betapa seksanya sewaktu mengandungkan Tasha dulu.
"Tu yang satu je ya Ana?"Datin Alya menyenggol siku Datin Riana.
"Haa betullah tu.Tak larat.Rasanya kalau ada lagi masatu memang minta pindah ke suami je.Tak sanggup.Nasib baik keluar anak elok cantik."Datin Riana berseloroh.Ketawa bergema di dalam ruangan dapur itu.
"Amboi mama..seronoknya.Mengumpat eh?"Tasha yang baru masuk ke dalam dapur untuk minum itu bersuara dalam senyuman.
Dee yang turut duduk di meja bulat itu dijeling sekilas.Dee yang perasan hanya memandang dengan senyuman.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...