TANGGA rumah itu dituruni dengan laju.Air mata Dee deras menuruni pipinya.Dia mahu keluar dari rumah itu.Dia nak jauh dari Emiir buat masa ini.Hatinya bagai dicarik-carik.
"Sayang!"Emiir melaung dari tangga atas sambil mengejar Dee.
Dia dah tak peduli dengan badannya yang sedikit terdedah hanya berbalut tuala.
"Sayang!"Laju tangannya memaut lengan Dee sebelum sempat Dee melangkah keluar dari pintu rumah.
"Lepaskan Dee!"Suara Dee meninggi.Lengannya direntap kuat.
"Kenapa ni Emiir?"Datin Alya bergegas keluar dari dapur mendapatkan anak menantunya yang sedang bertengkar itu.
Langkah Dee terhenti bila Datin Alya turut ada di situ.
"Salah faham,ma.."Emiir membalas dengan wajah sugul.
"Adik..kenapa ni naik suara dekat suami?Menangis semua ni?"Puan Liza yang turut datang dari dapur tadi mendekati Dee yang berada di depan Emiir.
"Mama tanyalah menantu mama ni apa dia buat dengan Tasha dalam bilik."Dee bersuara.
Air matanya masih laju turun membasahi pipi.Dadanya rasa sebu dengan perasaan yang sukar diungkap.
"Kamu buat apa ni Tasha?!"Datin Riana laju menarik Tasha yang baru menuruni tangga supaya turun ke bawah.Suaranya ditekan menyoal anaknya itu.
"Ish apa mama ni.Sakitlah!"Tasha cuba menarik tangannya.
"Mana ada buat apa-apa.Dee yang cemburu tak bertempat.Kalau cemburu sangat simpan je suami tu dalam almari."Tasha berkata dengan muka meluat tanpa rasa bersalah.
Datin Alya dan Puan Liza memandang Tasha dengan rasa tak percaya.Datin Riana memukul perlahan lengan Tasha yang bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain itu.
"Tasha!"Suara Emiir meninggi.Emiir menyebak rambutnya dengan rasa bengang.
Dee menarik sengih sinis.Sakit hatinya dengan apa yang keluar dari mulut Tasha.
Terhinggut bahu Tasha bila suara Emiir bergema ke segenap ruang rumah.Datin Alya,Datin Riana dan Puan Liza turut tergamam.
"Ni apa kecoh-kecoh ni,Alya?"Dato' Zaidi yang baru masuk dari laman belakang menegur bila dengar suara bertengkar sampai ke luar.
Dee mendengus geram.Terus Dee melangkah keluar dari rumah itu tanpa menunggu apa-apa penjelasan daripada sesiapapun.
"Sayang!"Suara Emiir memanggil itu tak dipedulikan.
"Apa jadi ni Emiir?Tu Dee nak ke mana tu?"Datin Alya bertanya Emiir yang tergesa-gesa berjalan melepasinya untuk naik ke atas semula.Dia mahu memakai baju untuk mengejar Dee.
"Emiir tengok Dee Emiir..mana dia nak pergi."Puan Liza berkata risau sambil berjalan ke pintu rumah itu.
"Aku tak habis lagi dengan kau.."Emiir yang sudah turun semula menuding jari ke arah Tasha dengan wajah serius dan rahang diketapkan.Dia terus berjalan keluar dengan membawa kunci kereta.
Kalau ikut hati memang dah ditampar saja Tasha.
Tasha terdiam bila Emiir memandangnya tajam dengan ayat berbaur kemarahan itu.Datin Riana menggeleng melihat Tasha.
Apalah yang anaknya itu dah buat sampai Emiir kelihatan betul-betul marah.
.
.
.
"HE-HELLO..Liya.."Dee dah teresak-esak sambil menekap telefon ke telinganya.
"Eh Dee kenapa ni?"Liya bertanya cemas dari talian sebelah sana.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomantikEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...