DEE duduk berpeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi meja belajarnya.Dua bekas baldu bewarna merah bentuk hati bersaiz kecil itu diperhatikan.Tak tahu nak rasa apa waktu ini.
Jam sudah menginjak ke pukul 2 pagi tapi mata Dee masih terang lagi.Belum ada rasa mengantuk.Sejak kotak cincin itu bertukar tangan dari pagi tadi selepas selesai semua perbincangan,Dee dah mula tak tenang.Buat semua benda tak kena.
Sempat juga dia membebel pada Firdaus.Lebam-lebam agaknya lengan abangnya itu Dee cubit dengan rasa geram.
"Adik terimalah dik.Emiir tu baik.Along lelaki jadi Along tahu lelaki tu baik ke atau nak ambil kesempatan je.."
Suara serius Firdaus selepas Dee melepaskan geram dan menyuruh Firdaus memulangkan cincin itu singgah ke kotak memori.
"Mama tak nak paksa adik.Ikut hati memang mama seronok sebab mama memang berkenan dengan Emiir tu.Apapun,semua terpulang pada adik.Nak terima,mama syukur.Nak tolak pun mama redha."
Suara mama pula berganti dalam kepala.
"Kau terima je Dee.Bukan senang ada lelaki ikhlas sayang kita.Kau tak payah terlalu fikir pasal layak tak layak.Pasal sakit kau ke apa tu tolak tepi sekejap.Fikir kebahagiaan diri kau dulu."
Bayangan Liya yang memeluknya sambil berbisik ayat itu sebelum masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah sewa itu muncul semula.
Dee menghela nafas berat.Betul ke keputusan aku kalau aku terima?Ke lebih baik aku tolak?
TING!
Telefonnya yang terletak bersebelahan kotak cincin itu berbunyi.Dee kerling sekilas skrin yang menyala itu.Ada notifikasi WhatsApp masuk.
Nama Abang Emiir terpampang pada skrin.Dee mencapai telefon bimbitnya da ditekan notifikasi itu.
"Sorry for the surprise.Abang tahu Dee mesti terkejut.But please,jangan marah :) " -Emiir
"Abang tahu Dee mungkin masih keliru.Abang ikhlas dengan apa abang cakap dekat pantai haritu.Kalau boleh abang nak jadikan Dee isteri abang." -Emiir
"Dee ambil je seberapa banyak waktu Dee nak.Abang Emiir tunggu.Jangan tergesa-gesa.Fikir betul-betul.Abang Emiir akan tunggu.Terima atau tolak..tak ada apa yang akan berubah.Abang Emiir tetap sama.Abang Emiir tak paksa.Thank you,Dee." -Emiir
Satu persatu mesej yang berderet masuk ke dalam WhatsApp Dee dari Abang Emiir itu dibaca.
Abang Emiir memang baik..Baik sangat.
Mesej dari Emiir itu sengaja dibiarkan tak berbalas.
Dee meraup wajahnya perlahan.Rasa berselirat fikirannya.Mungkin dia yang terlalu banyak berfikir.Kena banyak berfikir,kan?Ini soal masa depan.Nak hidup jadi suami isteri bukan sehari dua.Dia kena betul-betul fikir siapa yang akan jadi ketua rumahtangga dia.Yang boleh memimpin dia dengan baik.Bapa yang penyayang kepada anak-anak dia.Pembimbing yang bertanggungjawab terhadap hidup anak dan isterinya.
Apa kurang Abang Emiir dari apa kau senaraikan tu,Dee?
Kata hatinya bersuara.Dee terdiam.Semua cukup rasanya tapi itulah..
Dee berperang dengan rasa hatinya sendiri.Dia rasa dia pentingkan diri kalau terima pinangan itu sebab akan susahkan Abang Emiir dengan masalah dia.Kalau tak terima,dia rasa dia bodoh melepaskan peluang yang datang sekali seumur hidup.
"Haih..nantilah fikir."Kotak cincin baldu itu ditutup.Laci meja belajar dibuka dan dia simpan.
Dee bangun dari duduknya dan berjalan ke arah katil.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...