Bab 41

1K 52 1
                                    

ENTAH dah berapa minit Emiir melihat Dee ke sana sini macam orang serba tak kena.Sepanjang perjalanan mereka menaiki kereta untuk pulang ke hotel tadi Dee banyak diam sahaja.

Sampai sahaja mereka di dalam bilik hotel terus Dee membersihkan diri dan menyarung baju tidur.Emiir menyangka Dee nak terus masuk tidur.Bila dah naik berselimut atas katil tiba-tiba tak sampai beberapa minit Dee bangun semula.Sambung mengemas baju pula.

Emiir pun naik pening tengok isterinya itu.Televisyen yang terpasang pun dah tak menarik minat dia untuk tengok.

"Sayang,esok je baru kemas.Esokkan kita baru check out?"Emiir bertanya lembut pada isterinya yang sedang bersila di depan almari baju besar itu.

"Esok senang.Angkat terus balik."Dee menjawab.Serius sahaja nadanya.Tak manja atau mesra seperti selalu.

Emiir menahan senyuman sambil menggeleng kecil.

Merajuk sungguhlah ni..

"Esok je sayang.Naik sini tidur.Letih kan."Emiir menepuk ruang kosong disebelahnya atas tilam itu.

"Nak siap dah."Dee menjawab tanpa menoleh.Tangan masih lincah melipat baju-baju yang dibawa.

"Tak baik lawan cakap suami."Emiir masih memandang Dee.

Dee melepaskan keluhan kecil.Baju yang masih belum berlipat diangkat masuk ke dalam bagasi.Bagasi yang terbuka atas lantai itu ditutup.Dee bangun dan terus naik ke atas katil.Dia baring mengiring membelakangi Emiir.Selimut ditarik rapat ke dada.

Matanya dipejam.Memaksa pejam lebih tepat.Dia tak ada hati nak berborak atau bermanja dengan Emiir.Hatinya sedih.

Takkan suaminya tak perasan yang dia cemburu?Sedih?Terasa hati bila suaminya sentuh tentang cinta pertama tadi.Walaupun yang dikahwini oleh Emiir itu dia tetap Dee cemburu.

Emiir pula langsung tak ada usaha nak memujuk dia.Takkan tak perasan dia merajuk?

Emiir yang sedang bersandar pada kepala katil itu mencapai alat kawalan jauh atas meja di sisi katil.Televisyen dimatikan.
Dee yang sedang baring mengiring itu dirapati dengan posisi sama.

"Sayang.."Bahu Dee disentuh lembut.

Dee diam.Dia masih belum lena pun.

"Tak baik tau..tidur belakangkan suami."Emiir menegur dengan nada lembut.

Terdengar keluhan kecil terbit dari mulut isterinya.Serentak tubuh Dee berpusing menghadap Emiir tapi dengan mata masih dipejamkan rapat.

Emiir hanya mampu melihat sambil menahan ketawa.Alahai isterinya ni..dia punya merajuk boleh tahan.Comel saja perangainya.Manalah tak geram Emiir dibuatnya.

"Sayang tak nak dengar abang cerita dah ke?Bosan ya dengar abang cerita?"Emiir bersuara lagi.

Dia tahu Dee belum tidur.Tengok saja mata yang berkerut macam dipaksa pejam tu pun tahu.

Tiada respon daripada Dee.

Emiir menyelak sedikit selimut yang membaluti tubuh isterinya.Dia turut masuk ke dalam selimut.Tangannya jatuh pada pinggang Dee di dalam selimut.

Dee masih diam tak berganjak.

"Elina tu cinta pertama abang.Masatu hati dah suka tapi tak ada nak cakap suka sebab-"Kata-kata Emiir terhenti bila jari Dee menutup mulutnya.

"Dee ngantuk.Nak tidur.Esoklah abang sambung cerita."Dee menuturkan dengan sebak yang ditahan.

Apalah nasib dapat suami tak faham yang isteri sendiri merajuk.

"Sayang.Nama penuh sayang siapa?"Emiir bertanya.Nak memancing reaksi Dee agar melayani soalannya.

Rasanya kalau Emiir sambung mengusik lagi lama mahu sampai tahun depan rajuk isterinya tak hilang.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now