Bab 52

1K 50 2
                                    

EMIIR merenung lama pesanan whatsApp yang dia terima daripada isterinya beberapa minit yang lepas.Baru mahu membalas tapi whatsApp Dee dah offline.Terus Emiir membatalkan niatnya.

Assalamualaikum abang.Dee minta maaf keluar tanpa izin abang.Dee perlukan ruang buat sementara waktu.Jangan cari Dee buat masani.Dee okay,abang tak perlu risau. -Dee

Pesanan WhatsApp daripada Dee itu dibaca sekali lagi.Emiir melepaskan keluhan dan meletakkan telefon pintarnya atas meja besi itu.Emiir bersandar pada kerusi besi putih yang memang disusun untuk sesiapa bersantai di laman belakang rumah mama dan papanya itu.

Kepala didongakkan memandang ke arah langit yang berbintang indah itu.Dia rindu Dee.

Walaupun belum sampai sehari Dee membawa diri tapi Emiir sudahpun rindu.

"Emiir..tak tidur lagi?"Suara Dato' Zaidi yang menegur dari arah belakang itu buat Emiir menoleh.

"Belum lagi,pa."jawab Emiir.

"Rindu isteri ya."Dato' Zaidi menepuk bahu anak sulungnya itu sebelum dia turut duduk berhadapan dengan Emiir.

Emiir senyum segaris.Rindu sangat.

"Sabarlah Emiir.Hidup berumahtangga memang macamtu.Ada saja ujian yang datang.Kita ni kena kuat semangat.Benda halal ni memang syaitan suka cucuk jarum."Dato' Zaidi menyambung.

"Hmm..itulah pa.Emiir pun tak tahu nak yakinkan Dee macam mana.Salah faham je semua tadi,pa."Emiir mula meluah.

"Tasha buat apa dalam bilik kamu?Kalau kamu memang tak ada buat apa tak payah takut.InshaAllah ada kebenarannya."Dato' Zaidi membalas.

Bukanlah dia mahu membela anak sendiri tapi dia lebih mengenali Emiir.Anaknya itu bukan lelaki yang begitu.Waktu bujangnya dulu pun sangat setia dengan satu perempuan sahaja.Aisyah.

Terlalu setia sampai Emiir pula yang dikecewakan.Nak kata anak lelakinya itu hidup bebas dan suka bersosial?Jauh sekali.Hidupnya cuma kerja dan melepak bersama kawannya di gelanggang futsal.

Jadi Dato' Zaidi percaya bila Emiir beritahu petang tadi cuma salah faham.

"Tak tahulah pa kenapa dengan Tasha tu.Emiir siap mandi keluar dari bilik air tengok-tengok dia tengah baring dekat atas katil Emiir."Emiir memberitahu hal sebenar.

"Astaghfirullahalazim.."Dato' Zaidi menggeleng.

"Dia siap peluk Emiir,pa.Emiir suruh dia keluar tapi kebetulan masa nak keluar tu Dee ada depan pintu masa Emiir nak suruh dia keluar."Emiir menyambung.

Dato' Zaidi menggelengkan kepalanya bila mendengar apa yang Emiir ceritakan.Terkejut juga Dato' Zaidi kerana selama ini dia lihat Tasha seperti budak yang baik.Patutlah menantunya marah benar dan nekad keluar rumah tak berfikir panjang.

"Kamu pernah ada apa-apa ke dengan anak Dato' Azam sebelum ni?Pernah bagi harapan ke apa?"Dato' Zaidi bertanya meminta kepastian.

Bimbang juga kalau ada silap yang datang daripada Emiir juga.

"Tak ada,pa.Tasha ada juga cuba nak dekat dengan Emiir.Ada juga dia bagitahu dia ada hati dengan Emiir tapi Emiir terus-terang dah yang Emiir memang tak ada hati dengan dia.Emiir anggap dia macam adik je,pa.Papa kenal Emiirkan?Emiir bukan jenis yang suka dengan perempuan sana sini.Nak kenalkan kekasih hati Emiir sebelum ni dengan papa mama pun punyalah hati-hati."Panjang lebar Emiir memberitahu.

Lega hatinya bila dapat meluahkan kepada papanya akan hal yang sebenar.Memang Emiir dan Ayie dari dulu rapat dengan Dato' Zaidi.Mungkin kerana sifat Dato' Zaidi yang tenang dan sentiasa menyokong apa yang mereka ingin lakukan.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now