Bab 33

1K 53 0
                                    

"JAWABLAH!"Bahu Aisyah terhinggut kerana terkejut disergah Emiir.

Emiir sudah hilang kesabaran.Tak pernah dia menaikkan suara kepada perempuan tapi tidak hari ini.

"Be-betul.."Aisyah menunduk.

Dia menggenggam jari jemarinya.Tak sanggup nak angkat muka memandang semua wajah di situ bila rahsianya pecah.

"Allahu Akbar.."Datin Alya melepaskan keluhan.Genggaman tangan Aisyah dilepaskan.

Dato' Zaidi hanya menggelengkan kepalanya.Ayie dah bersandar pada dinding dapur sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa kamu tak pernah terus terang dengan aunty?Kenapa bila aunty minta maaf sebab Emiir dah tinggalkan kamu sebab dia dah tak ada hati dekat kamu..kamu diam je Aisyah?Mati-mati Aunty ingat anak aunty yang jahat.Salah.Kamu siap cakap kamu redhalah apa seolah kamu ni mangsa."Datin Alya meluahkan rasa kecewa.Aisyah yang menunduk itu dipandang.

Sayangnya pada Aisyah selama ni dah bertukar jadi sakit hati kerana Aisyah berbohong kepadanya.

"Beria kamu cakap dekat aunty jangan percaya sangat Dee.Kononnya Emiir tak bercinta.Kenal sekejap.Aunty pula tak pernah kenal Dee jadi takut dia bukan orang yang baik.Rupanya semua tu sebab kamu nak sorokkan pekung dekat dada kamu ni sendiri?"Datin Alya menyambung dengan dada yang berombak menahan marah.

Silap dia terlalu memandang kesempurnaan.Terlalu melihat Aisyah itu sempurna.Sedangkan dia lupa Aisyah juga ada kekurangannya.

"Aisyah tahu Aisyah silap,aunty.Aisyah minta maaf."Tangan Datin Alya cuba dicapai.

Datin Alya menjauhkan diri sedikit dari Aisyah.Tangannya dijarakkan agar tak dicapai oleh Aisyah.Aisyah tergamam dengan perlakuan Datin Alya.Sekelip mata semua kasih sayang yang dia terima hilang begitu saja.

"Aisyah dah menyesal.Aisyah tahu silap Aisyah.Aisyah dah berubah.Aisyah cuma tak boleh lupakan Emiir.Emiir orang yang baik dan Aisyah tahu Aisyah bodoh sebab buat macamtu dulu.Sekarang Aisyah dah sedar dan nak tebus silap Aisyah."Aisyah separuh merayu dengan air mata berjujuran.

Datin Alya merengus kasar.Sakit hatinya masih bersisa.Dia tahu semua manusia buat silap tapi dia marah bila Aisyah pilih untuk menipu.

Dee yang dari tadi memerhati hanya berdiri tegak.Kasihan juga melihat Aisyah yang merayu begitu.

"Emiir..saya minta maaf.Tolonglah.Bagi saya peluang.Kalau awak nak jadikan saya isteri kedua pun tak apa,Emiir.Saya sanggup."Aisyah mendekati Emiir.

Emiir berundur ke belakang sedikit.

"Hey kamu ni dah kenapa Aisyah?Terdesak sangat sampai cakap benda merepek macamtu?Kamu ingat aunty nak kamu jadi menantu aunty lagi?"Datin Alya menarik badan Aisyah supaya menghadapnya.

"Sudah!Sudah.."Dato' Zaidi mencelah.

Risau situasi itu semakin memburuk.

Emiir melepaskan keluhan berat.Ayie masih diam memerhati.

"Emiir tak tahulah,pa.Emiir tak tahu nak rasa apa sekarang ni.Emiir minta diri nak hantar Dee balik."Emiir bersuara.

Hatinya rasa kecewa dengan sikap mama yang tak percaya dirinya.Emiir rasa geram dengan sikap Aisyah yang masih tak putus asa dan mendesak.

"Jom,Dee.."Emiir dah melangkah keluar dari dapur.

Aisyah masih teresak-esak.

"Dee balik dulu uncle..aunty."Dee berpamitan walaupun tiada yang membalas.Masing-masing sedang berperang dengan emosi sendiri.Dee hanya diam mengikuti langkah Emiir.Dia tak tahu nak berbuat apa.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now