ZIP beg galas yang berisi pakaian ditarik rapat.Beg diangkat dan disusun tepi khemah sederhana besar itu.
"Along tutup khemah eh?Barang semua dah keluarkan,kan?"Firdaus yang baru selesai menutup dan menyimpan khemah tempat dia dan Emiir tidur malam tadi bertanya.
"Dah,Along.."Dee membalas pertanyaan Firdaus.
Liya dan Inara sedang membersihkan diri dan bersiap di tandas awam yang disediakan tak jauh dari tapak perkhemahan itu.Mereka berdua paling lambat naik dari mandi pantai tadi.
Firdaus mula membuka khemah tempat Dee,Liya serta Inara bermalam semalam.Emiir pula sedang sibuk membersihkan tempat barbecue yang mereka gunakan malam tadi untuk membakar ayam.
"Ada barang yang boleh angkat nak bawak masuk kereta dulu tak?Meh Kak Inara angkat dulu."Inara yang baru sampai dari tandas awam diikuti oleh Liya itu bertanya.
"Ni semua boleh angkat dah.."Dee menunjuk ke arah susunan beg pakaian mereka atas lantai bersimen itu.
"Sekali dengan I la.."Firdaus dah mengangkat khemah,sebotol air mineral dan beg bajunya.Dia berdiri di depan Inara menunggu Inara selesai mengambil beg untuk dibawa ke kereta.
"Kitorang letak dekat kereta kejap eh barang,adik."Firdaus memberitahu Dee sambil melangkah ke arah kereta yang terletak di tapak parkir kereta yang sedikit jauh dari tapak perkhemahan itu.
"Haa."Dee menyahut tanpa menoleh.Dia masih sibuk menyusun barang-barang masak yang dipek kecil dari rumah.
Dee mengangkat perkakas masak yang dikhaskan untuk perkhemahan ke arah sinki jarak beberapa langkah dari tempatnya tadi.Paip air dibuka dan dia mula membasuh kekotoran yang melekat pada periuk dan perkakas memasak yang lain.
Paip air dimatikan semula selepas selesai.Penuh tangannya membawa barang yang dicuci tadi dan dia berpusing.
"Arghh!"Habis tercampak semua periuk dan perkakas yang Dee dah cuci.
"Kenapa?!"Emiir yang dari tapak khemah sebelah berlari ke arah Dee bila terdengar jeritan Dee.
"Monyet!"Dee dah berdiri jauh beberapa tapak khemah yang sudah kosong.Jari telunjuk lurus pada seekor monyet sedang menyelongkar kotak tempat simpan makanan yang dia lupa tutup tadi.
"Shh!"Emiir terus menghalau monyet itu sambil mengagah dengan tangannya agar monyet itu takut.
Monyet itu terus berlari dengan roti dipeluk dan menghilang ke arah hutan disebelah.
Dee mengurut dadanya lega.
"Jauhnya..ingat nak balik berlari terus tadi.."Emiir mengusik Dee.
Emiir sambung semula melipat flying sheet dan menyimpan tempat bbq mudah alih yang dah dibersihkan.
"Eii mana ada.."Dee membalas dengan muka mencuka.
Orang tengah takut..sempat mengusik.
Dee pandang sekeliling.Baru dia perasan yang dia cuma berdua dengan Abang Emiir.Rupanya Liya pun ikut sekali Along dan Inara menyimpan beg ke dalam kereta.
Bertuah betul kawan seorang ini.Saja nak mengenakan dia padahal Dee dah cakap jangan tinggal dia berdua dengan Abang Emiir.
Rasa kekok datang menyinggah tiba-tiba bila teringat kata-kata Abang Emiir di pantai.Lambat-lambat Dee berjalan mendekati semula ke arah kotak tempat simpan makanan tadi.
Mahu menyambung kerjanya yang tergendala angkara monyet tadi.
Habis bersepah semua..
Dikutip satu-satu barang yang bertaburan di atas lantai.Disusun dan dikemas satu persatu.
ANDA SEDANG MEMBACA
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...
