"AKU terima nikah Mardhiyah Elina Binti Zulkifli dengan mas kahwin 300 ringgit tunai."
Sekali lafaz Dee sudah bergelar isteri kepada Emiir.
"Sah ya?"Tok Kadi menoleh ke arah saksi-saksi yang ada meminta kepastian.
"Sah."Serentak saksi-saksi yang ada menjawab.
"Alhamdulillah."Tok Kadi menadah tangan dan membaca doa setelah selesai akad nikah tersebut.
Dee menyapu air mata yang sudah hampir jatuh pada hujung mata.Lagi hiba bila melihat mama dah menangis disebelah.
"Kawan baik aku dah kahwin.."Liya dah berjurai air mata daripada tadi.
Sabar sajalah dengan kawan baiknya itu.Patutnya dia memujuk Dee supaya jangan menangis.Ni dia yang banjir air mata dulu.
Dee bersalaman dengan mamanya dan mama Emiir setelah selesai mereka membacakan lafaz taklik dari teks yang diberi.
"Adik dah jadi isteri orang.."Suara sebak mama saat memeluknya itu buat dia jadi semakin sedih.Kalau tak difikirkan muka yang dah bersolek ni memang dah banjir dengan air mata di dalam masjid itu.
"Terima kasih Dee jadi menantu mama."Datin Alya mencium pipi dan dahi Dee.Dee senyum menahan sebak.
Macamni ke perasaan bila bergelar seorang isteri?Berdebar,takut,gembira dan terharu semua ada.
.
.
.
RIUH suasana di dalam ruang tamu itu.Masing-masing mahu melihat pengantin.Tak kurang juga ada yang mahu melihat pelamin yang dihias minimalis dan indah itu.
Sesi menyarungkan cincin dan gelang hantaran dimulai.Dee dah terlebih dahulu duduk di atas kerusi pelamin bertema rustic itu.
Emiir datang dari arah depan pelamin.Tak lepas matanya memandang Dee yang sangat cantik persis bidadari.Solekan yang nampak natural lagi menaikkan seri wajah Dee.
Emiir duduk bersebelahan Dee dengan posisi badan sedikit senget menghadap ke arah Dee..
"Assalamualaikum,isteri abang."Emiir bersuara perlahan penuh kelembutan sambil matanya tunak memandang wajah Dee yang bagi dia sangat cantik.
Dee terdiam seketika.Rasa degupan jantungnya dah terkeluar dari landasan bila mendengar panggilan itu secara langsung dari bibir Emiir yang kini sudah bergelar suaminya.
Dee dapat rasa mukanya berbahang malu.Emiir menahan senyum melihat wajah merah isterinya itu.
Comel!
"Waalaikumussalam,abang."Dee lambat-lambat membalas pandangan Emiir.
Wajah Emiir kelihatan tenang tapi Dee dah rasa macam nak menyorok bawah pelamin.Malu.Rasa darah dah menyerbu ke muka.Tangan dan kaki semua sejuk.Belum kira rasa gemuruh sebab ramai orang melihat mereka di atas pelamin saat ini.
"Terima kasih sudi jadi isteri abang."Emiir berbisik perlahan.
Dee senyum malu.Mulutnya rasa terkunci nak membalas apa-apa ketika ini.
"Okay kita mula eh.Bebas nak posing apa pun okay?"Jurukamera memberi arahan selepas selesai menetapkan fungsi kameranya.
Emiir meletakkan tangannya pada ubun-ubun Dee.Dee hanya diam merelakan.Dia pun kekok tak tahu nak buat apa.
"اللهم إني أسألك خيرها وخيرما جبلتها عليه ، وأعوذبك من شرها وشرما جبلتها عليه"
Terpegun seketika Dee mendengar bacaan doa yang meniti dibibir suaminya itu.Setiap satu perkataan kedengaran sempurna.
Ada satu perasaan halus yang menyusup masuk ke dalam jiwa Dee.Keyakinannya pada pilihan hatinya semakin bertambah.Emiir adalah pilihan Dee yang tepat sebagai suami.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...