DULANG berisi tiga jenis cheese tart,satu set wanpaku sandwich beserta satu cawan plastik bertutup air lemon ais dibawa ke salah satu meja yang ada di dalam kafe tu.
Dulang diletakkan atas meja yang letaknya di hujung kafe bersebelahan tingkap kafe.Kerusi kayu bewarna coklat itu ditarik dan Dee duduk.
Beg tangan yang tersangkut pada bahu diletakkan di atas meja bersebelahan dulang yang dibawa dari kaunter tadi.
Lengan baju blouse pada tangan kanan ditarik sikit dan jam pada pergelangan kanan dikerling sekilas.Masih ada waktu beberapa minit lagi sebelum orang yang dia tunggu tiba.
Kaki disilang dan tangan diletakkan atas riba.Dee tunduk memandang jari manis pada tangan kanannya.Dua bentuk cincin itu disentuh dan dipusing-pusingkan.Sedikit resah menanti kehadiran orang yang dia tunggu dari tadi.
Sebentuk cincin belah rotan yang bertindih dengan sebentuk cincin emas berbatu itu dipandang lama.Harap ini adalah keputusan yang tepat.
Dee yakin ini keputusan yang tepat.Dua minggu lebih dia berfikir tentang hal yang satu itu.Hampir setiap malam Dee mengikuti saranan mama untuk mendirikan Solat Istikharah.
Hari ini,dia memang yakin dengan kata hatinya.
"Assalamualaikum,Dee."Dee angkat muka pada suara yang menyapa dari arah depan itu..
"Wa-waalaikumussalam."Dee menjawab gugup.Pantas tangan kanannya disorok ke sisi.Kaki dijatuhkan dan Dee duduk tegak.
"Abang Emiir baru sampai ke?"Dee bertanya.
Emiir menarik kerusi kosong berhadapan dengan Dee.
"Baru je.."Emiir senyum dan pandang ke arah Dee.
"Abang Emiir nak order apa-apa ke?"Dee bertanya Emiir.
"Sekejap lagilah.."Emiir menjawab ringkas.
Sejujurnya,dia lebih tak sabar nak tahu apa yang Dee nak cakapkan.Dee yang mengajak mereka untuk jumpa pada hari ini.Katanya ada hal mustahak nak beritahu.Perkara yang nak diberitahu itu juga melibatkan pinangan Emiir dua minggu lalu yang masih belum ada jawapan.
"Ouh.."Dee membalas.
"Dee nak bagitahu Abang Emiir apa?"Emiir memandang Dee.Tak nak berkias dah.
Penat dia berfikir dari malam tadi selepas Dee menghantar pesanan WhatsApp untuk mengajak mereka bertemu hari ini.Tak lena tidur Emiir fikir apa jawapan yang bakal dia terima.
Walaupun Emiir terima saja andai Dee menolak pinangannya itu tapi tetap hati ada rasa berharap.
Mungkin frust menonggeng juga sekejap..
"Emm.."Dee diam sejenak.
"Tak apa..Dee boleh bagitahu je."Emiir meyakinkan Dee walaupun jantung sendiri pun dah berdebar tak tentu hala.
Dee tarik beg tangan dari atas meja dengan tangan kiri dan diletakkan ke atas riba.Beg dibuka dan Dee keluarkan sesuatu.
Emiir hanya memerhatikan perlakuan Dee.Anak matanya mengikuti pergerakan dua buah kotak cincin baldu merah yang dah diletakkan depan matanya dengan tangan kiri Dee.
Emiir melepas nafas dan mengangguk.Rasanya dia dah boleh agak jawapan Dee.
"Tak apa,Dee.Abang faham.Abang tak marah Dee tolak pinangan Abang Emiir."Emiir senyum segaris tapi mata masih pada kotak cincin itu.
Ingat tadi dia dah bersedia tapi rupanya pedih juga hati ni kena reject.
Dee dah menahan senyuman disebalik wajah seriusnya.Kelakar tengok muka Abang Emiir yang sedaya upaya tahan muka kecewa.

ANDA SEDANG MEMBACA
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...