Bab 47

976 47 0
                                    

KUNCI Myvi hitam dipicit untuk mengunci pintu keretanya.Dee melangkah dengan hati senang ke arah bangunan syarikat milik suaminya.Dia membawa sekali mangkuk tingkat dan sekotak brownies di dalam plastik yang dibekalkan dari rumah.

Dia bosan jadi tiba-tiba rajin pula nak memasak untuk Emiir harini.Lagipun,dia berehat untuk sebulan dua ni dari mengambil tempahan untuk bisnes kecil-kecilannya.Alahannya masih belum lagi beransur surut memang tak larat untuk ambil tempahan.Setakat buat untuk makan sendiri boleh lagi.

"Hi,Puan Dee."Suara Lili,penyambut tetamu syarikat itu menegur Dee mesra sebaik saja Dee melangkah masuk.

"Hi,Lili."Dee senyum malu mengangguk.

Walaupun rata-rata pekerja di dalam syarikat Asytar Canopy itu sudah mengenali dirinya tetap Dee berasa kekok.

"Wah..Puan bawa bekal ke tu untuk Tuan Emiir?Sweetlah Puan Dee ni.."Lili mengusik dalam senyuman.

Dee menayang senyum.

"Nah..ini untuk awak.Sharelah dengan yang lain."Plastik brownies yang tadi dibawa sekali dah diletakkan atas kaunter.

"Wah..Betul ke ni Puan?"Lili menepuk tangan tanda teruja.

"Betul.Saya naik atas dulu ya."Dee angguk mengiakan dan terus berjalan ke arah lif.

.

.

.

"ASSALAMUALAIKUM Nabilah.."Dee menyapa pembantu peribadi  Emiir yang sedang khusyuk menyiapkan kerja dengan mata fokus pada skrin komputernya.

"Waalaikumussalam.."Nabilah angkat muka.

"Eh Puan Dee."Nabilah melemparkan senyuman ke arah isteri majikannya itu.

"Boss ada dekat dalam?"Dee menunjuk ke arah pintu bilik pejabat Emiir yang bertutup rapat itu.

"Ada."Nabilah menjawab.

"Tapi puan.."

"Okay."Dee terus berjalan ke arah bilik pejabat suaminya itu sebelum sempat Nabilah menghabiskan ayatnya.

"Assalamualaikum abang.."Pintu pejabat Emiir ditolak serentak memberi salam.

"Abang?"Langkahnya terhenti pada pintu bilik pejabat yang terbuka separuh.Kaku dia melihat apa yang ada di depan matanya.

"Eh,sayang.Tak bagitahu pun nak datang?"Emiir menjawab tenang.

Emiir mungkin tenang tapi hati Dee bagai dipukul.

"Dee.."Suara yang menyebut namanya itu dipandang sekilas dengan muka serius.

Aisyah menundukkan mukanya.Takut nak bertentangan dengan Dee yang jelas menahan marah.

"Kenapa?Kalau bagitahu boleh abang sorok Aisyah?"Laju saja mulut Dee berkata begitu dengan pandangan terarah pada suaminya semula.

Rasa sakit hatinya bila melihat Emiir dan Aisyah di dalam satu ruangan yang sama.Bukan beberapa bulan lepas suaminya itu marah betul dengan Aisyah?Kenapa tiba-tiba hari ini boleh duduk dengan tenang bersemuka?

"Sayang..apa sayang cakap ni?"Emiir dah bangun merapati Dee yang masih tak berganjak pada pintu yang separuh terbuka itu.

Nabilah yang mendengar dan melihat situasi itu hanya memasang telinga.

Ah sudah..lain pula jadi.

Dee berundur sedikit.Mangkuk tingkat yang dia bawa tadi diletakkan atas lantai bilik pejabat Emiir.

"Abang makanlah lunch dengan bekas kekasih abang ni."Dee dah berpusing mahu melangkah keluar semula.

Laju kaki melangkah keluar.Tangannya dah terasa menggigil sambil menahan rasa sakit hati dan marah dalam dadanya.Buat apa Aisyah ada di pejabat suaminya?Atas urusan apa?Kenapa Emiir tak ada cakap apa-apa tentang kehadiran Aisyah ke situ?

"Sayang.."Emiir lantas mendapatkan Dee.

Tangan isterinya dicapai.Digenggam erat agar Dee memberhentikan langkahnya.

"Sayang..salah faham ni."Emiir bersuara.

Lengan Dee ditarik lembut dan dipusingkan tubuh Dee menghadapnya.Dee memandang ke arah lain.Mahu menyembunyikan air matanya yang dah hampir jatuh.

"Aisyah datang sini nak minta maaf.Dia baru datang dari rumah mama.Dia dah jumpa mama.Dia nak jumpa abang.Dia nak naik flight dah petang ni.Dia nak clear things out sebelum dia fly balik London.Maybe dia takkan balik sini lagi dah."Panjang lebar Emiir menerangkan.

"Boleh percaya ke?Abang berdua je dengan dia dalam bilik tu dengan pintu bertutup."Dee membidas.

Entah kenapa dia percaya saja dengan suaminya tapi hati cemburunya lebih menguasai fikiran dan emosinya.

"Kalau abang buat apa-apa pun bukan ada orang nampak pun."Dee menambah dengan senyum sinis.

Boleh ke dia percaya Aisyah?Orang yang pernah sedaya upaya mendapatkan semula Emiir?

Hati Dee cemburu.Cemburu bila mengenangkan walaupun Aisyah yang membuat masalah dalam hubungan dia dan Emiir dahulu tapi tetap mereka pernah berkongsi rasa sayang dan memori sebagai pasangan kekasih.

Siapa tahu cinta lama boleh bertaut kembalikan?

Hati Dee rasa sebak.Dia rasa mahu menangis.

"Astaghfirullahalazim sayang.Tak ada apa pun jadi.Kalau sayang tak percaya abang boleh tunjuk sayang CCTV dalam bilik abang."Emiir meyakinkan.

Dee diam.

"Habistu kenapa abang tak bagitahu Dee pasal Aisyah nak datang sini?Kenapa nak sorok daripada Dee?"Mata Emiir direnung dalam mengharapkan jawapan.Dia tak peduli dengan Nabilah yang dari tadi mendengar perbalahan antara mereka.

"Emiir tak tahu pun saya nak datang sini,Dee."Suara Aisyah yang turut keluar mengekori Dee dan Emiir tadi buat Dee menoleh.

Tenang saja wajah Aisyah menuturkan.Emiir diam lega bila Aisyah turut ada untuk menjernihkan keadaan.

"I'm sorry.Silap saya.Saya tak patut main datang je ke pejabat Emiir.Saya patut bagitahu awak dulu.Ni semua salah faham,Dee.Percayalah."Aisyah menerangkan.Niatnya memang ikhlas.

Dee masih diam.

"Saya memang datang sini without any notice.Awak boleh tanya Nabilah.Saya datang memang cuma nak minta maaf pada Emiir.Pada awak juga terutamanya.Cuma saya malu nak jumpa dengan awak lepas apa saya dah buat.Jadi,saya nak minta Emiir sampaikan je maaf dan salam saya pada awak sebelum saya balik London for good petang ni."Aisyah berhenti seketika.

"Tak sangka awak datang.Memandangkan awak datang,saya nak minta maaf sangat-sangat untuk semua benda jahat yang saya pernah buat pada awak.Saya dah terima hakikat yang Emiir dah jadi milik awak.Saya dah terima hakikat yang saya cuma masa silam dia."Aisyah menyambung semula.

Dia memang nak tamatkan semua.Biarlah kisah dia dengan Emiir ni terkubur di sini saja.Dia tak nak bawa pulang apa-apa penyesalan ke London.Dia nak memulakan hidup baru.Apa yang jadi pada makan malam tu betul-betul satu tamparan untuk dirinya.Dia tahu peluang tak selalu datang untuk kali yang kedua.

Dee hanya senyap mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Aisyah.

Rasa sakit hati dan cemburunya beransur reda.Dia boleh dengar keikhlasan dalam nada suara Aisyah.Mungkin memang dia saja yang cemburu berlebihan.

Dee melepaskan keluhan kecil.Rasa bersalah pada Emiir bila dah berburuk sangka.Rasa malu juga pada Aisyah atas sikapnya yang membuat tuduhan melulu.

"Tak apa kalau awak tak nak terima penjelasan saya ni.Saya faham,Dee.Cuma saya harap awak maafkan saya.Please jangan gaduh dengan Emiir sebab apa saya buat harini.Dia lelaki yang baik.Awak beruntung dapat dia."Aisyah senyum segaris.

"Saya minta diri dulu ya.Thank you for your time,Emiir."Emiir yang berdiri sebelah Dee dipandang.

Emiir hanya menunduk sedikit dengan senyum nipis.

Aisyah dah melangkah mahu turun ke bawah dan bergerak menuju ke lapangan terbang.

"Saya pun nak minta maaf Aisyah.Saya tak patut tuduh awak dan Abang Emiir melulu macam tadi.Saya maafkan awak.Saya harap urusan hidup awak dipermudahkan selepas ini.Saya harap awak jumpa someone yang terbaik untuk awak."Wajah Aisyah yang dah ditahan berdiri disebelahnya saat mahu berjalan melepasi dia dan Emiir itu dipandang.

"Thank you."Aisyah menarik senyum segaris dan terus melangkah pergi.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now