SEMUA yang ada di situ turut tergamam bila melihat Tasha ditampar dengan kuat.
"Sayang.."Emiir yang terkejut dengan kehadiran Dee itu terus mendekati Dee yang dah berdiri di depan Tasha dengan muka menahan marah.
"Apa ni?!"Tasha memegang pipinya yang perit sambil mendongak.Pandangan Dee dibalas.
"Kau ni memang perempuan tak tahu malukan?Dah buat aku gaduh dengan suami aku sampai aku tertekan.Berani kau muncul dengan cerita mengarut kau tu?"Mendatar suara Dee membalas.
Tangannya sudah menggigil menahan marah yang berbuku dalam dadanya sejak dia melihat pergaduhan itu beberapa detik yang lepas.Dia turun ke bawah kerana risau bila mendengar suara pertelingkahan yang tak henti-henti.
Dee berfikir Emiir bertengkar dengan mama dan papanya.Rupanya tentang perkara lain.
"Apa yang mengarut?!"Tasha membalas berani dengan suara meninggi.
"Memang Abang Emiir yang buat Tasha mengandung!Anak ni anak dia!Hari Tasha masuk bilik tu hari Tasha nak mintak Abang Emiir bertanggungjawab!Abang Emiir jugak yang tarik Tasha masuk dalam bilik tu sebab tak nak orang lain dengar pasal benda ni."Tasha membalas tanpa serba salah.Begitu yakin kebohongannya takkan terbongkar.
"Penipu!"
PANG!
Serentak muka Tasha ditampar sekali lagi.Hati Dee betul-betul hilang sabar.Sedih kehilangan anaknya pun masih belum hilang.Kemudian,datang pula Tasha yang senagaja nak merosakkan rumahtangganya.
"Apa kamu buat ni Dee?!"Datin Riana dah berdiri menolak badan Dee bila dengan berani Dee menampar muka anaknya.
Emiir segera memaut bahu Dee yang sedikit terundur ditolak kuat oleh Datin Riana itu.
"Jangan nak bela sangat suami sampai nak usik anak aunty.Aunty pun tak pernah jentik dia."Datin Riana memandang Dee tak berpuas hati.
"Emiir,kamu ajar sikit bini kamu ni supaya jangan suka-suka nak pukul anak orang lain!"Emiir dipandang.
"Kalau aunty tak pernah jentik nak mengajar dia.Biar saya yang tolong ajar dia.Anak aunty ni dah menipu semua orang.Emtah anak siapa yang dia bawak..dia tuduh tu anak suami saya?"Pandangan Datin Riana dibalas.
Dato' Zaidi dan Datin Alya diam sahaja memerhati.Mereka masih terkejut dengan kehadiran Dee secara tiba-tiba itu.
"Sayang.."Emiir memegang lengan Dee lembut.Dia risau andai Dee terlalu beremosi sampai rasa tertekan.Dee masih perlu banyak berehat.
"Apa bukti dia menipu?"Dato' Azam yang dari tadi diam memcelah.
Hatinya rasa marah bila menantu kawan rapatnya itu sewenangnya menuduh anak dia.
"Rumah ni ada CCTV,uncle.Bolehlah Dee tayang dekat semua orang perangai sebenar anak uncle ni."Dee bersuara mengugut.
Tasha terdiam.Dia jadi takut dengan apa yang Dee baru saja beritahu.
"Kenapa diam?Takut?"Tasha dipandang dengan senyum sinis.
"Kau nak mengaku tak sekarang yang kau dah buat cerita menuduh Abang Emiir?Ke kau nak mama papa kau tengok CCTV tu?"Dee memberi pilihan.
Emiir turut terdiam dengan apa yang Dee lakukan.Dia langsung tak terfikir untuk gunakan rakaman CCTV itu sebagai bukti.Memang Emiir ada pasang satu CCTV yang menghala ke arah laluan bilik tidurnya lama dahulu.
Mama dan papa juga tak tahu.Dia cuma tunjuk pada Dee untuk membuktikan yang Tasha masuk ke dalam biliknya tanpa diketahui Emiir.
Rakaman CCTV yang bedurasi hanya beberapa minit sebelum Dee sampai ke depan bilik Emiir pada hari kejadian itu selepas Tasha memasuki biliknya juga jadi bukti bahawa dia dan Tasha tak melakukan apa-apapun.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...