"EMIIR!Tak siap lagi?Nanti tetamu datang!"Datin Alya melaung dari hujung tangga bawah memanggil anak bujangnya yang masih belum turun dari maghrib tadi.
"Dah,ma."Muncul Emiir yang sudah segak mengenakan t-shirt maroon berkolar,seluar jeans denim dengan rambut yang disisir rapi.
"Handsome anak mama.."Datin Alya tersenyum bangga memandang Emiir.
"Macam biasa je,ma."Emiir senyum segaris.
Baik betul mood mamanya malam ni.Tetamunya cuma seorang saja ikut apa yang mama beritahu tapi dia punya teruja nak menyiapkan macam-macam seperti nak sambut menantu!Emiir pun hairan kenapa beria betul mama suruh dia pakai baju elok macam nak pergi berjalan.Istimewa betul tetamu hari ni..
"Dah..turun.Sekejap lagi tetamu sampai nanti.."Datin Alya dah menghilang ke dalam dapur semula.
"Ya,ma.."Emiir mengikuti langkah mamanya ke dapur.Nak tengok kalau ada apa-apa yang dia boleh tolong.
"Alya,pukul berapa tetamu awak yang istimewa sangat tu nak sampai?"Dato' Zaidi yang baru masuk daripada laman belakang bertanya.
"Tak tahulah.Kalau ikut dah sam-"
TING TONG!
Belum sempat Datin Alya menghabiskan ayatnya,kedengaran loceng rumah banglo mewah itu berbunyi.
"Haa tu sampai dah.."Datin Alya bersuara teruja.
"Mak Jah pergi buka pintu sekejap.."Mak Jah dah membasuh tangan di sinki.
"Eh tak payah,Mak Jah."Datin Alya menahan Mak Jah dari melangkah keluar.
"Emiir pergi buka pintu.Sambut tetamu.."Badan Emiir ditolak.
"Okay,ma.."Emiir menurut tanpa banyak soal walaupun hairan juga dengan perlakuan mamanya itu.
Kaki diatur menuju ke pintu utama rumah.Pintu dibuka.
"Assalamualaikum.."Aisyah yang cantik mengenakan dress muslimah dan tudung berwarna biru itu tersenyum di depan Emiir.
"Waalaikumussalam.."Emiir menjawab salam dengan nada suara mendatar.
"Hai,Emiir.."Aisyah menegur dengan mesra seperti tak ada apa.
"Awak buat apa dekat sini?"Emiir bertanya dengan nada dingin.
"Mama awak jemput saya makan malam.."Tanpa bersalah Aisyah menuturkan.
Seolah-olah apa yang Emiir pernah beritahu sewaktu makan tengah hari tempoh hari tak memberi kesan langsung pada Aisyah.
"Haa..sampai dah,Aisyah.Masuk!Masuk!"Datin Alya yang mengintai dari jauh dan mempelawa Aisyah masuk.
"Hai,aunty.."Aisyah menyapa Datin Alya mesra dari depan pintu.
Terus dia melangkah masuk tanpa menunggu Emiir untuk mempelawanya.Aisyah berjalan ke arah Datin Alya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Emiir melepaskan keluhan berat.Kenapalah dia blur sangat tak boleh agak siapa tetamu istimewa yang mama asyik sebutkan itu.
.
.
.
EMIIR menyuap masuk nasi ke dalam mulut.Dia banyak diam sepanjang makan malam itu berlangsung.Cuma suara Datin Alya dan Aisyah sahaja yang riuh.Sesekali Dato' Zaidi turut bersuara bila Aisyah mengajak berbual ringan.
Tak dinafikan yang gadis itu memang pandai mengambil hati.Lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih berusia.
"Kalau Aisyah nak tahu..ketam sambal ni salah satu favourite Emiir tau.Tak cukup nasi sepinggan."Datin Alya memandang Aisyah dengan senyuman.
ANDA SEDANG MEMBACA
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...
