PENGGERA yang ditetapkan dalam telefon pintar sebelum tidur malam tadi sudah bunyi beberapa kali.Perlahan ada tangan menyusup keluar dari bawah selimut yang menutupi keseluruhan badannya itu mencapai telefon pintar yang masih nyaring berbunyi.
"Hmm.."Mata digosok perlahan menghilangkan pandangan kabur.
"Haa?!"Terus terduduk Dee bila penggera yang berbunyi itu menunjukkan pukul 8 pagi.Kelam kabut penggera dimatikan dan dia melompat turun dari katil.
"Matilah aku!Dah lambat!"Berlari anak Dee mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan bersiap.
.
.
.
"MAMA!"Tangga dari ruang atas menuju ke ruang bawah itu laju dituruni.Tudung bawal pun dihias gaya sederhana sahaja.Tak sempat nak belek lebih-lebih.
"Mama!"Dee merengek sambil berjalan laju menuju ke meja makan.Firdaus dan Puan Liza yang sedang duduk menikmati sarapan pagi serentak menoleh ke arah suara itu.
"Kenapa dik?"Puan Liza bertanya hairan ke arah anak daranya yang sudah berdiri bersebelahan dengan tempat duduknya.Tangan Dee mencapai karipap dari dalam pinggan yang ada ditengah meja makan.
"Kenapa mama tak kejut adik tadi?Adik dah lambat nak hantar order customer ni.."Dee merengek lagi sambil mulut cepat mengunyah karipap yang diambil tadi.
"Ish..duduklah!Tak senonoh perangai."Firdaus mencuit lengan adik perempuannya itu.
"Tak sempat.."Dengan mulut penuh Dee menjawab.Firdaus hanya menggelengkan kepala.
"Mama kejut dah tadi sebab dengar alarm adik berbunyi tak berhenti.Adik kata lima minit..lima minit.Mama biarlah.Adik tak bagitau mama harini ada nak hantar order."Puan Liza memandang Dee.
"Adik lupa nak pesan dekat mama.."Dee menggaru kepalanya yang tak gatal.Salah sendiri juga.Karipap lagi sebiji dicapai.Sedaplah pula.
"Duduk makan,adik.Tercekik nanti."Bahu Dee dipukul lembut oleh Puan Liza.
"Entah adik ni..Ni kalau ada orang sampai nak masuk meminang,patah balik tahu?"Firdaus memerli.
Dee menjuihkan bibir mengejek abangnya.Dengki!
"Itulah lain kali keluar lagi sampai ke subuh baru balik.Biar kelam kabut hari-hari.Jadi anak dara tu payah betul tengok nak lekat dekat rumah.Ada kereta sendiri panjang saja langkah.Nasib baiklah mama ni tak termakan pujukan adik nak motor..silap-silap konvoi sampai Thailand lupa jalan balik."Puan Liza dah mula membebel sambil bangun membawa pinggan menuju ke sinki dapur.Pinggan kotor dicuci dan dia melangkah semula ke ruang makan.
Dee menggaru keningnya yang tak gatal bila mama dah mula buka mukadimah pagi itu.
"Mama ni kadang-kadang dah macam ada dua anak bujang.Abang kamu ni lagi lekat dekat rumah berbanding kamu,Dee.Elok tukar aje kamu berdua ni.Bagi abang pakai baju kurung."Puan Liza masih dengan bebelannya.
"Kau punya pasal abang terkait sekali."Firdaus berbisik dan menyenggol badan adiknya sambil berjalan melepasi Dee membawa pinggan kotor ke sinki dapur.
"Macamni gaya biar mama kahwinkan cepat-cepat.Sanding sekali dengan abang kamu.Mana tau nanti.."
"Hehe..mama ni.Janganlah marah-marah.Nanti adik kahwin mama sunyi."Dee mencubit manja pipi mamanya itu.Dia mencelah perlahan nak menghentikan omelan mamanya.Puan Liza yang sudah duduk semula di meja makan dirapati.
"Adik pergi dulu eh..Love you.Muah!"Pipi Puan Liza dikucup kiri dan kanan.
"Budak bertuah ni lahai..Kita belum habis cakap lagi."Puan Liza menggelengkan kepala sambil menghirup air teh yang sudah suam.

ANDA SEDANG MEMBACA
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...