Tawar Hati.

803 19 0
                                    

"Ah, berapa ringgit sangat yang kau sanggup tawar dan bayar untuk hati ini? Terlalu banyak sangat koyak dan lubangnya ni. Kau takkan mahu atau mampu lah." kata dia, separa bergurau bila aku cakap pada dia yang aku mahu jaga dia.

Aku tahu dia bergurau. Dan kerana atas nama bergurau, aku biarkan saja dia meracau dengan metafora-metafora ciptaannya itu. Namun dalam bersahaja gurauannya itu ada secubit pahit, tapi sengaja dia lucukan kerana dengan komedi, eskapism itu boleh jadi macam macam dan tak semua orang akan get the real frickin' joke. Yang selalunya, lucu untuk orang lain, tapi tidak pada diri sendiri. Tapi ya, aku tahu a thing or two about a thing or two tentang dalam torehan itu pada kata-katanya tadi.

Sinis, sepatutnya jadi nama tengahnya.

Kemudian dia bercerita dan bercerita, tentang hal hal yang pernah dilaluinya. Tentang neraka yang manusia dari berlainan jantina sentiasa ciptakan untuknya, yang selalunya menjerutnya bila dia langsung tak bersedia. Dan pemilikkan dalam perhubungan, selalunya akan membunuh seluruh kasih yang pernah ada, dan takungkan. Seberapa banyak kisah yang ketahui kebenarannya. Dia, dalam senyumnya terkandung "Jangan-cuba-buat-hal-dengan-aku-sebab-aku-tahu-kau-takkan-mampu" tanpa berbicara apa-apa.

Lalu aku diam. Seperti hari-hari banal yang selalunya datang dan pergi, kemudian pergi lagi. Namun, kali ini tak seperti selalu. Kali ini, aku mengundur dan berpaling kebelakang. Kerana aku tahu dia betul. Mungkin tiba masanya.

Mungkin tiba masanya untuk biarkan dia berdansa dengan dunianya sendiri, kerana kini: aku yang betul-betul tawar hati.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang