Dan apabila kita bercerita tentang ilmu (selain dari amal) antara jambatan untuk ilmu adalah membaca. Tapi sayang kerana dunia modern ini, kita makin tak punya masa untuk membaca. Tak punya waktu untuk memahami. Tak punya atau sengaja tak mahu, terpulanglah. Tapi efeknya kita dapat lihat sekarang apabila masyarakat tidak mahu membaca, tapi mahu berpendapat. Lalu pendapat masyarakat jadi melulu. Macam angin lalu. Dan kalau berpendapat melalui komen, pendapat itu melingkar lingkar berjela, jauh tersasar dari fakta. Jadi berat sebelah. Jadi bias. Jadi racun. Macam-macam. Sampaikan semua yang dilihat itu tak pernah kena atau betul. Timbul riak, cemburu dan dengki dalam berpendapat. Kerana pendapat hanya berkisar kepada rasa, bukan fakta.
Jadi betul lah tulisan lirik arwah si Loloq yang berbunyi "Ayatmu ayat sekerat, ayatmu tak cukup sifat, ayatmu boleh buat orang sesat"
Terserahlah.

KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Cerita PendekDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".