Steak dan chili sauce.

88 0 0
                                    

Shopping complex, memang kompleks.

Aku sedang tunggu dia yang kononnya akan sampai "in a two shakes of a lamb's tale". Mahu dibelanja makan mahal, katanya lagi. Kali ini, aku ikutkan saja sebab harijadinya dan aku malas bertekak.

Aku tahu, aku tahu. Sebahagian hidup kita sebenarnya dihabiskan untuk menunggu.

Dah satu jam. Sabar makin tipis.

Sayup-sayup aku terdengar  lagu Micheal Learns To Rock, 25 minutes. Mungkin inilah bukti yang orang putih pun ada cubaan nak jadi melayu: Lambat dan tragedi. Itu resepi melayu asli. Cuma fokus utamanya lebih kepada lambat.

Micheal Learns To Rock tu lambat setengah jam.

Dia? Aku cuma boleh ketawa.

Dan lambat, jawabnya tinggal.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang