Umpan.

168 3 0
                                    

"Hello" adalah umpan, yang ajaibnya terbentuk dari permulaan pandangan, kemudian jadi tarikan: memukau dan lantas berubah jadi kemahuan. Lalu, kita mulakan percaturan.

Dengan keberanian.

Lalu niat terbentuk jadi kehangatan dan intensiti yang sama rata, umpama mengambil risiko dengan kemungkinan yang memungkinkan, dan bermulalah babak pertama.

Konsekuensi, sebab dan akibat, bahagia, derita, atau apa sahaja yang setimpalnya.

Kita terdamba, terdera dek bayangan perbuatan, hangat kucupan, atau apa sahaja yang memesrakan. Intuisi, menerjah masuk, mengambil alih niat dengan menggantikan kemahuan primal, sebelum rasa itu menyesakkan, membaur hampa, mematikan rasa dan benih-benih asmara. Cuma bisik-bisik itu yang masih ghairah, menerjah. Ketika, sedang atau selepas rasa itu dihela masuk ke dalam setiap rongga, jadi racun pada sebuah kekecewaan lanjutan, yang lambat laun menjerut sedikit demi sedikit kewarasan.

Dalam kata lain, dianak-haramkan dek pengkhianatan.

Masa akan mentertawakan kita atas kelewatan dan hal-hal berkaitan. Dan bila kita terjaga dari semua kekalutan ini, kita akan menjadi biasa semula.
Itu, pengakuan.

Namun "Adieu", adalah sebaliknya.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang