Untuk kali ini, biarlah aku berlaku jujur, kerana aku rasa kita sudah tidak punya apa-apa setelah kita pajakkan janji, angin, bumi dan langit untuk beli sebidang harapan yang langsung tidak memberi apa-apa makna. Dan kita kemudiannya akan berlumba-lumba menekan butang "like" di skrin setiap kali mereka berkongsi cerita tentang metafora syurga dan neraka, tanpa rasionaliti menakut-nakutkan dengan fakta sehingga mereka mempercayainya. Kerana nikmat kecil itu kita sudah terlalu lama sia-siakan.
Dan aku, cuma satu: aku mahu kau tahu yang kau adalah sebaris lagu balada rock melayu versi yang paling cheesy, berlegar-legar dalam kepalaku setiap pagi tanpa henti.
Aku cuma berharap kau tidak sampai hati untuk jahanamkan aku dengan lagu Suci Dalam Debu.
Itu sahaja.

KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Storie breviDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".