Kadang kadang, kita akan jumpa seseorang yang akan jawab semua pertanyaan hidup kita. Kadang-kadang, lebih pada satu.
Lucu juga kalau orang yang kita yang boleh jawab semua tanya kita itu bukan jadi pasangan hidup atau jodoh kita hingga akhir hayat. Yang selama ini kita cari dan harapkan. Selalunya, orang itu akan jadi guru, teman atau musuh paling setia.
Dan kita, mungkin cuma sebahagian dari jawapan/soalan yang selama ini mereka cari. Mungkin ada jawapan yang lebih besar dari itu. Cuma kita yang tak tahu. Macam bermain rubic cube atau jigsaw puzzle, lebih kurang. Kita cari bahagian yang betul-betul sesuai dengan kita, baru kita pilih. Kadang kadang, kita dapat. Selalunya, tak.
Jadi sekiranya kita adalah sebahagian jawapan kepada mereka yang mencari diri, tak hairanlah sekiranya ada senario datang dan pergi. Kan?
Jadi, jangan sedih. Redha. Apa yang tinggal, rayakan.
"Biarkan berlalu" nyanyi kumpulan Wings. Apadahal.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".