Seri dewi malam

92 4 0
                                    

Dalam dunianya, tak ada yang lebih tragis apabila dia sendiri yang menyedari yang dia sudah mula kehilangan bisa untuk memetik segenggam silam dan menterjemahkannya ke dalam bentuk penulisan, menjadikannya sebuah memori yang kekal untuk masa hadapan. Dan setiap kali dia mencuba, percubaanya itu semakin hari semakin gagal. Walaupun dia masih menulis tentang topik yang sama, berkali-kali tanpa jemu.

Mungkin yang tersembunyi disebalik semua ini adalah kedegilannya untuk merakamkan silam yang sepatutnya, bukan yang mahu ditulisnya.

Kerana hanya itu sahaja yang dia ada, sebenarnya .

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang