Bisiknya pada aku, di hari bahagianya.
"Tolong doakan kebahagiaan saya. Saya mahu bahagia, bahagia seperti mereka."
Aku cuba kawal diri dengan senyum aku. Bertenang, kononnya. Namun sebaliknya aku pulang dengan beberapa persoalan yang bermain dalam kepala.
"..seperti mereka." bisik hati kecil.
Yeah.
"Seperti mereka".
Normal. Seperti datuk dan neneknya, yang bahagia hingga sampai penghujung ajal mereka. Sampai tutup mata. Sampai hujung nyawa. Sampai syurga, barangkali. Yang bermula dengan bersendirian, kemudian berteman, kemudian dikurniakan cahaya mata dan kemudiannya, cahaya mata mereka pula yang meneruskan legasi keluarga. Yep, yang beranak hingga ke cucu cicit puit.
Itu fitrah manusia, mungkin.
Yang peroleh bahagia yang tak dapat ditukar ganti atau dibeli dengan wang ringgit.
Aku senyum.
Kerana dia tak perlu beritahu pada aku, sebenarnya.
Kerana aku sentiasa mendoakannya.
Walaupun sebelum ini, dia selalu tinggalkan aku berjelaga. Dengan cerita yang buat bayang-bayang silam aku sendiri tak mampu buang.
Namun, betul: aku masih mendoakannya.
Mungkin itu saki baki virtue yang tinggal dalam dada ini.
"Tapi siapa yang akan mendoakan aku.." Bisik hati kecil, separa mengejek.
Aku senyum, kelat.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".