Semalam waktu kau sedang nyenyak tidur, aku keluarkan buku contenganku dan koyak sehelai halamannya, ambil marker dan tulis beberapa patah perkataan, untukmu. Supaya kau ingat, sebelum aku lupa.
"Kehadapan pemilik senyum yang paling manis, aku harap kau tak terburu-buru menjual senyummu hari ini, kerana mereka cuma mahu tunggu ianya dikompilasikan dan membayarnya dengan harga diskaun dengan pakej akses tanpa had. Semoga esok kau akan lebih baik dari hari ini."
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Historia CortaDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".