Days of war, nights of love.

48 0 0
                                    

Malam sebegini di bulan Ramadan sentiasa mengingatkan aku tentang kau, dimana kita bertemu di alam maya, bertukar pendapat dan fikiran hingga masuknya waktu Subuh. Kau, yang beribu batu dari tanah kelahiranmu, dan aku pula di sebuah pulau: masing-masing punyai persamaan, iaitu mengharapkan eskapisme.

Aku (secara jokingly) panggil senario ini sebagai "Days of war, Night of love", sempena tajuk buku dari Crimethinc yang pernah aku baca satu masa dahulu, kerana mungkin pada waktu itu kita masih lagi muda dan belum mengenali putaran manusia dan dunia. Berontak kita terhadap dunia ini kerana punya terlalu banyak isu dan persoalan yang orang-orang biasa tak punya jawapan, tetapi ironiknya jawapan itu hanya logik buat kita, bukan kebenaran as a whole. Lalu kita bicara rindu dan falsafah dengan dekonstruksi lirik lagu, soal falsafah hidup dengan filem dan cinematografi, melihat gaya hidup pop melalui diri sendiri.

Dan aku, di waktu sebegini merindui zaman itu, sekali lagi.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang