Tak semua jiwa yang kau sentuh itu akan sembuh. Tapi sebagai umat duniawi yang masih punya rasa percaya, kita akan cuba buat sebaik mungkin untuk melaluinya.
Mungkin kita masih lagi bergantung harap pada kekosongan\ketidakpastian dalam setiap nafas yang dihela. Atau mungkin nilai itu diletak pada paras atau standard yang terlalu tinggi, hingga sukar kita untuk mencapainya. Lalu, kita jadi kecewa dan merajuk kerananya, lalu menerakakan semuanya.
Akan ada ketika kau dan aku akan rasa menyesal, hampa dengan ketentuan yang dipalitkannya, samada apa yang kau cuba buat dan selamatkan akan jadi sia-sia, di mana garisan saniti dan absurdity akan bergomol, bercakaran sama sendiri, menghentam hentam dinding dalam dirimu, kemudian menyeret sisa yang ada dan menghumbannya keluar, jauh dari pentas hidupmu, macam drama gusti yang kau terbahak ketawa, satu ketika dulu.
Sesungguhnya masa, ketentuan adalah penghukum dan juga penyembuh pada hati-hati yang sukar dijinakkan. Mungkin hanya perlu percaya dan tawakal pada keadaan. Mungkin itu kita, yang masih lelah berlari dan mencari sinar dari ketentuan, hidup dan mati.
Atau, apapun yang sebenarnya mahu menyaluti diri.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".