Eavesdropping, 2:49 pagi.

48 1 0
                                    

Selesai kerja, tiba-tiba laparku menendang-nendang dinding perut. Mengamuk mahukan sesuatu yang enak, tapi murah.

Lalu aku ke kedai Jepun serbaneka kegemaran.

‪Ada brader hipster-pakai-baju-lokal-tapi-design-tiru-design-antarabangsa-tapi-dia-tak-tau di meja sebelah aku, sedang galak bersembang dengan member dia pasal sebuah filem yang diharamkan, tapi bocor di internet setelah 11 tahun tayangannya ditarik balik.

‪"Ah! Benda yang kena haram pastu dapat free..mesti la best." Kata dia dalam satu bahagian perbualan itu, seolah bangga.

‪Aku sengih sendirian, kerana aku rasa ianya sedikit lucu, bercampur ironik.

Teknologi boleh buat benda haram jadi halal, benda halal jadi haram. Yang tak boleh, dibolehkan. Sebab selagi manusia ada sifat curiga, selagi itu ia akan memberi apa yang manusia mahu.

Teringat.

"Bersatu, kita maju! Bersatu! 2020!" Nyanyi KRU, bersungguh sungguh.

Terus aku tak jadi nak makan.

Takde selera.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang