Jadi dewasa ini, kita berada di simpang itu: dimana kita bertanyakan kepada diri kita kembali tentang apa yang sebenarnya telah berlaku dan apa yang sebenarnya patut kita lakukan, kerana kita kini mula ragu-ragu dengan hidup yang sedang kita lalui: umpama melewati jalan masuk ke gua yang semakin lama kedalam, semakin sempit dan cahaya jalannya kian malap dan makin gelap, tanpa penghujung.
Lantas kita kembali mengimbau dan merenung dalam diri kita dalam-dalam dan bertanya, apakah pengalaman yang kita lalui selama ini pengalaman yang kita pilih dan adakah ianya betul-betul mendewasakan, atau hanya semacam rujukan semua untuk jadi praktikal dalam teori-teori yang kita baca dan romantisirkan dalam mengenali hidup.
Apakah setiap gerak pertemuan, setiap konversasi, debat dan teori ataupun pengalaman itu akan membawa kita ke ruang yang lebih baik? Untuk kita jadi manusia yang semanusianya.
Tragiknya adalah kita sebenarnya berada dalam vicious circle, iaitu zaman yang obses dengan apa yang berputar dalam media sosial. Lalu, kita jadi terpasung kepada opsyen-opsyen harian dan topic of the day, dan dengan harapan untuk tidak dikecam sekiranya memberikan pendapat yang berbeza atau buat sesuatu yang baharu.
Dan sejujurnya ianya toksik, sebagaimana kita menentang auta dalam fakta, tapi masih meragui keputusan sendiri.
Kasihan kan?
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Historia CortaDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".