"Sepanjang hidup kau ada 5 kali sehari untuk kau bercakap dengan tuhanmu. 5 kali setiap hari untuk kau take the time off, lower yourself and realign yourself. Kenapa kau gunakan betul-betul?" Tanya R, waktu kami selesai berdiskusi dan dalam masa yang sama, aku mengeluh tentang stress di tempat kerja.
Aneh, kerana:
1. Aku dengan dia jarang bersembang sebegini. Selalunya hanya hal-hal berkaitan kerja.
2. Dia berlainan agama, tapi nyata dia lebih faham tentang agama aku.
Seolah-olah dia sedang membaca apa yang bermain dalam kepalaku.
"Why do you say that?" Soalku. Sedikit melenting, kerana soalan dia telah berjaya meletakkan aku di suatu sudut yang tidak berapa selesa.
"Because it starting to show. Its either yourself, your focus or your faith. So, which one is it?" Jawab dia, ringkas tapi tepat.
Aku terdiam.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".