Shotgun

90 1 0
                                    

"Okey. Kalau you betul bijak, jawab ni: kenapa logo Apple tu tak perfect, ada mark kena gigit?" Tanya aku pada dia, gadis manis berambut china doll yang senyumnya selalu bikin hati ini goyang.

Sebenarnya, aku bosan apabila dia berulang cerita tentang nasib hidupnya yang tidak berkesudahan.

Jadi, ini satu diversion.

"Oh. I tahu ni. Ini sebab Steve Jobs sukakan metafora Adam dan Hawa, yang kena tipu dek sang iblis yang menyamar jadi ular. Jadi kerana termakan hasutan, jadi mereka diusir keluar dari syurga dan tercampak dunia fana ini. Padan muka: sapa suruh gatal makan buah epal terlarang. Kan dah susah semua orang. Jadi mungkin sebab tu, logo dia jadi macam tu. Sebagai peringatan kepada kita semua."

"Woahh. Terrernya you. Panjang lebar explain." Puji aku.

"Mestilah. You apa tau benda-benda macam ni" Kata dia, bangga.

"Tapikan... phfft."

"Apaaa lagggiiii."

"Tapi I rasa tak kot."

"Habis tuuu apaaaa"

"Er, mungkin sebenarnya Steve Jobs tu memang lapar. Tu je." Ketawa aku.

"Eeiii, bodohlah you niiiii.."

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang