"Mulakan hari anda dengan senyuman."

80 2 0
                                    

3:30 pagi.

Tak ada orang. Cuma kau, aku dan segenggam pengakuan jujur, beberapa jam lepas kita cuma mengeluh tentang dunia dan penghuninya.

Isi ruang.

"Kau masih sayangkan dia, kan?" Tanya dia, tiba-tiba.

(Untuk dia, sebenarnya jujur itu bergantung pada beberapa botol yang diteguknya.)

Aku diam. Malas jawab.

"Ah. Jangan la ambil hati. Aku tanya ini untuk bunuh beberapa lapisan dinding ego kau tu. Supaya senang kau dan aku heart to heart bercerita, brader." Ujar dia, apabila berada di antara dua dunia, antara sedar dan tidak sedar.

Jadi momen-momen seperti ini bagi aku sedikit lucu, kerana sepatutnya aku bunuh saja kata-kata murah ini dan straight to the point dengan keluhan serius pada nasib hidup saja.

Tapi tak.

Masih juga yang kau, aku dan cerita.

Jadi terpaksalah aku dengan tenang tukar konversasi ini kepada topik cuaca dan gossip politik scene, walaupun kedua-duanya aku menyampah nak buat.

Salah juga jadi melayu tak kena gaya ni.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang