Semalam dia beritahu aku yang dia baru selesai bicara dengan tuhan, dalam sesak trafik hari jumaat. Katanya dia sudah lelah dengan dunia, dan tak sabar untuk ke sana, tempat sementara sebelum akhirat. "Dalam dunia mana pun, manusia akan tetap jadi manusia. Faith divides us, death unites us. (Tu curi dari tajuk lagu dari Paradise Lost, sebenarnya) Aku sedang cuba untuk menolak kebiasaan dengan ketentuan." Keluhnya.
Fast forward, hari ini. Waktu perjalanan kami ke pejabat, aku beri signal dan berhenti di bahu jalan. Kemudian aku beri dia kunci dan suruh dia pandu aku ke sana.
Dia diam, tapi menyeringai senyum.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".