Memori.

109 2 0
                                    

"Kau ingat tak waktu kita di sekolah? Waktu wajah kita berseri-seri disaluti cahaya setiap kali kita bangun pagi? Sewaktu kita masih boleh menatap diri kita walaupun sekilas di cermin waktu kita menyisir rambut, kelam kabut mengejar loceng sekolah? Takut akan si pengawas kesayangan sang cikgu kerana dia suka ambil nama kita kerana sering lewat. Lalu kita ikut jalan belakang. Dan apabila loceng rehat berdering, kita dan teman-teman bertempiaran lari meluru ke gelanggang ciptaan, bersungguh-sungguh bermain pelbagai permainan hinggakan kita lupa waktu makan. Dan bila loceng berbunyi dan kita masuk kelas kembali, perut mula berkeroncong, peluh-peluh masih tak berhenti mengalir, lalu menitik ke buku latihan. Aku rindukan zaman tu, jujur."

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang