"Aku rasa hubungan kita harus putus."
"Eh! Kenapa pulak, awak? Kita kan dah serasi?"
"Kita memang sesuai digandingkan bersama, tapi aku rasa sampai sini saja aku boleh bertahan."
"Tapi, tapi kita sama, kan?"
"Sama jumlah aksara: Aku empat aksara, kau pun empat aksara. Bezanya makna dan rasa. Dikeyboard, aksara pertama kita pun kita duduk sebelah menyebelah. Aku tak mahu orang keliru. Maafkan aku, aku terpaksa jujur. Kita tak boleh bersama. Cukuplah sampai disini." Ujar Suka kepada Duka.
"..."
"...Tapi kita boleh jadi kawan, kan?"

KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".