Puritan.

92 1 0
                                    

Dua perkataan: saham akhirat.

Meja sebelah sedang bercerita pasal politik dan agama. Teringat cerita Sleepers, scene Tommy Marcano dan John Riley belanja brader politik minum tapi dengan syarat: Berhenti bercerita tentang politik di dalam bar.

Okey. Tentang mereka, iman dan "Menjadikan-agama-sebagai-tiket-pertandingan-siapa-yang-dulu-yang-akan-masuk-syurga". Dan kerana mereka tak faham tentang sekecil-kecil amalan itu bermula dari nawaitu dan sebaris kalimah. Taksub mereka  pada agama hingga mereka bermain tuhan, mengadili dan menghukum sesuka hati dan lantas menjadikan mereka tamak pahala, pejam mata dan nerakakan semuanya. Hingga semua ilmu dan amal yang ada, langsung jadi sia-sia. Mungkin kerana aku percaya, ada perbezaan cakap untuk dapat pahala dan buat untuk dapat redha.

Jadi berapa ringgit kau dapat jual pegangan dan agama tu? Kalau takat boleh beli dunia tapi tak dapat beli syurga, tak payah la.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang