Ah, mungkin Ini pengakhirannya. Ya, pengakhiran pertanyaan "Sampai Bila?" yang sering kita tanyakan, setiap kali kita berulang kali melakukannya. Terlalu lama kita bercerita tentang hal yang sama, hingga kita tak lagi bercerita tentang hal -hal yang menyenangkan. Kini kita berdiri di hujung jalan, antara dua simpang yang berbeza, untuk memilih jalan hidup yang akan menjadi pegangan sampai akhir hayat. Kita harus memilih samada mahu kekal remaja (walaupun rambut mulai jarang, kedut muka makin permanent, gigi makin kurang dan saiz badan mulai bertambah.) atau menjadi konformis dan didewasakan dengan kebosanan. (Juga, melalui proses penuaan yang sama, tapi lebih membosankan)
Dan mungkin kerana dua pilihan ini, kita berdua takkan menjadi sahabat, hingga akhir hayat.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Historia CortaDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".