Ennui,Antara helaian-helaian catatan pendek tentang bahagia, gering, banal, saniti, depresi, sedih, narkisus, rindu, dendam yang sering menjerit mencengkam, pada malam-malam kelangkangmu berpeluh, mengeluh, mengaduh. Yang selalunya, acuh tak acuh bila kebenaran menyuluh. Pada indah nama-nama setiap sahabat karibmu yang bertukar menjadi musuh.
Atau anekdot-anekdot bacaan puisinya yang tergantung tak bernyawa, meminta harap pada kelam malam: setiap kali dia datang melewati jendela hati, meminta dan meminta, dan kemudiannya membinatangkan semua mahu dirimu, merajai setiap nahu dan perilaku.
Dan dalam setiap prosa tentang doa dan kejadian, kesalahan dan pengampunan.
Antara kau, aku, lautan dan api. Hidup dan mati.
Ada dia.
Dan semua pinjaman-pinjaman perasaan yang terlahir itu, satu hari nanti akan dia ambil semula, dengan hitungan peratusan bunga yang kau tak akan mampu membayarnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".