Tentang, tentang.

200 9 0
                                    

Dia cakap, dia dah terlalu bosan dengan hidupnya.

(Untuk beratus kalinya.)

Ya, ya.

Katanya lagi: Dalam hidupnya, terlalu banyak janji yang harus dia tunaikan. Terlalu banyak masalah yang perlu dia hadapi. Terlalu sulit, hingga dia tak lagi mahu menghadapinya. Cabaran yang selalu dia hadapi, nyata terlalu berat untuknya. Jadi dia mahukan kehidupan yang lain, jauh lebih baik dari yang dihadapinya.

Dan aku seperti biasa, hanya mendengar.

Tapi aku tahu, konversasi ini hanya akan berulang ulang, hanya macam hamburan kata-kata tidak puasan hati bercampur kekecewaan, hanya tuduhan melulu untuk puaskan hati satu pihak. Dalam erti kata lain, mencurah air ke daun keladi.

Aku cakap padanya, hidup bukan macam baju. Boleh tukar bila kotor, atau simpan bila tak mahu. Apa yang ada, gunakanlah. Buat yang terbaik. Dalam panduan hidup, tak ada siapa yang betul atau siapa yang salah. Tak ada kertas peperiksaan "Hidup 101". Garisnya kabur disini. Tak ada siapa yang harus pegang takhta juara ataupun pengalah. Ini universiti kehidupan, tak ada dunia yang kita perlu hitam putihkan. Well, at least bukan dalam dunia aku lah.

Hidup kau, jadi kau lah yang tentukan, bukan orang lain.

Kemudian aku diam, lama.

Dia tanya kenapa.

Perlahan aku cakap padanya.

"Aku rasa aku dah bosan ulang benda yang sama: macam preacher. Penat ah. Lain kali aku patut record saja hujah-hujah aku supaya sekiranya kau in the middle of a meltdown lagi, kau cuma tekan butang play dan tonton."

Dia senyum kelat.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang