Aku, lawan aku.

217 5 0
                                    

"Jadi kau dah fikir masak-masak dengan keputusan ni?" Tanya dia, untuk kepastian.

"Yep. Aku dah tetap dengan keputusan aku. Aku perlukan perubahan. Aku mahu jadi manusia normal. Tak payah fikir panjang. Rileks dengan kerja, ujung tahun pergi bercuti. Bahagia dengan keluarga. Hidup sempurna. Tidur dengan cukup. Mati umur 65."

"Ye ke? Macam tak percaya je. Eh, Minda kau kena basuh dengan propaganda negara ke apa ni?"

"Mana ada."

"Hmmm."

"Dude, kau kena terima hakikat ini, dunia aku dah berubah sekarang. Aku dah jadi normal. Aku dah tinggalkan masa lampau aku. Hantu-hantu yang menyekang aku selama ini dah aku bunuh. Aku dah tak macam dahulu lagi. Aku bukan budak berumur 18 tahun yang marah pada dunia lagi yang kau kenal lagi. Aku kini seorang lelaki yang dah berubah, secara total, kau tahu."

"Eleh, rileks lah. Politik inner self nampak. Tiba-tiba lu serius terlebih pulak."

"Memang aku serius."

"Fikir sikit, muda remaja dan marah pada dunia, dan tua dan berumur tapi masih lagi marah pada dunia adalah dua konteks yang berbeza, kau tahu."

"Betul ke?"

*Diam seketika, berfikir.*

"Apa maksudnya?"

"Kau tahu jawapan ini. Kau sedang mengalaminya."

"Entah, aku tak tahu."

"Kau tekalah"

"Er, Adakah maksudnya, dua haluan yang tak sama?"

"Barangkali. Kalau itu yang kau mahu."

"Habis tu macam mana dengan falsafah hidup kau selama ini? Pernah kau fikir tentang itu?"

"Aku dah fikir. Pendapat aku dah berubah. Falsafah tak dapat beri aku makan. Aku tak boleh hidup dalam dunia utopia. Sampai bila aku nak macam ni?"

"Kau ni memang lah."

"Memang apa?"

"Dah lupa daratan, 'poser'."

"Celaka kau."

"Kau pengkhianat."

"Kau Lahanat."

"Babi."

"Konformis sundal"

"Pelacur minda."

"Woah, dude. Rileks."

"Apa?"

"Dialog ini tak akan habis kalau begini, kau tahu."

"Aku tahu."

"Habis tu?"

"Saja cari pasal dengan kau."

"Kenapa?"

" Kita semua perlukan konflik dalam hidup ini. Sebab atau akibat untuk teruskan hidup. Dan semua orang perlukan "Kambing Hitam", samada untuk dipersalahkan atau jadi sebab permulaan untuk sesuatu. Ini dunia sekarang; Ini namanya politik, dude."

"Macam haram."

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang