Satu masa dahulu, kita pernah berjanji apabila kita sudah tidak menjadi sepasang kekasih, kita akan jadi orang asing. Kau, dalam duniamu, dan aku, kembali ke duniaku. Supaya senang kedua-dua pihak. Kerana kita tidak mahu menjadi yang tidak-tidak. Lalu kita tinggalkan, termasuk gumpalan memori yang kita pernah kongsi sewaktu cinta manis menjalar. Hati dan budi jadi tukaran. Kasih dan sayang jadi ukuran. Kita bersetuju untuk tanam semuanya hidup-hidup. Dengan harapan, semua ini takkan kembali menghantui kita lagi. "Let bygone's be bygone's" kita jerit sambil mengangkat gelas. Biar ia mati dengan sendirinya. Potong nama, tutup buku. Bla-bla-bla.
Namun seperti karma, atau lagu pop cheesy yang tak mahu keluar dalam kepala, tiba-tiba kau di depan mata. Setelah bertahun tak jumpa.
Dan dalam jutaan muka dan rasa di kota berjerebu ini, dalam kekalutan mengharung pahit manis hari, tuhan menemukan kita kembali bersama cereka yang kita sendiri tak pernah mampu habiskan.
"We should really should stop meeting like this. It'll just makes us look bad like characters in some cheesy chick-flick movie" Kataku, sebelum melangkah keluar dari tren, dan ketawa.
"Cilaka punya makwe billboard."
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".