Harap/an

58 2 0
                                    

Jerit kau kepada dunia, apabila dihurung jutaan kekusutan. Meracau-racau dengan kegilaan ciptaan sendiri apabila jalan-jalan penyelesaianmu itu hampir tiada. Mungkin kita semua akan melalui fasa "Dunia-ini-kejam-dan-semuanya-tidak-adil", tapi kau...kau hitamkan semuanya.

Lalu apa, penyelesaian?

Jadi kau ringkaskan jalan yang sulit dengan dengan keputusan yang mudah: menamatkan apa yang kau rasa kau perlu tamatkan.

Mungkin dalam kekusutan itu, kau buat spekulasi dan eksikusimu sendiri, dengan harapan ia adalah yang terbaik. Mungkin sekiranya kau tiada lagi di sini, semuanya akan lebih baik. Mungkin di dunia yang lain, akan kau temui bahagia yang hakiki. Mungkin di dunia yang lain, orang akan lebih menghargaimu. Mungkin (dengan niat atau tidak) apabila kau tarik picu itu, kau akan hidup 1000 tahun lagi.

Jadi kalau hitam keputusanmu, ucaplah selamat tinggal, ya?

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang