Random, 2:29am.
Perlahan-lahan aku berhenti. Lalu aku kumpulkan antalogi, analogi untuk semua konsekuensi, untuk semua yang pernah terjadi, lalu aku hitung dengan jari, berkali-kali. Tak ada untung berjudi dengan diri, kerana cuma ada cagaran-nya: hidup, ataupun mati.
Jadi selaut rasa ini, biar aku pendamkan seribu tahun lagi, biar dimamah hancur dalam diri. Biar aku terbakar dalam api. Kerana Nama-mu tidak lagi aku cari atau pujai, dan bibirmu tak lagi aku cumbui.
Cuma yang tinggal, sebilah belati yang menembusi hati. Lalu aku tunggu mati.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
ContoDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".