"Kelakar hidup ni." Keluh dia, separa berjenaka. Kemudian dia termenung.
Pandangannya dilempar jauh keluar, menembusi konkrit, jeruji dan bangunan. Malam kian larut. Hutan batu membelenggu, dan kami adalah haiwan yang masih belum mahu tunduk atau dijinakkan. Or so it seems.
Dihadapan kami, ada 3 lauk yang kami kongsi: Ayam goreng kunyit, telur bungkus dan tomyam campur.
Yang lain dia dah sapu habis, kecuali tomyam.
"Okay. Kelakar, as in 'haha ini kelakar', atau 'Haha aku tak boleh brain benda ni sampai aku rasa ia kelakar' kinda thing?" Pancing aku.
"Haih. Kau ni.."
Aku tahu dia sebenarnya nak bercerita panjang, tapi dengan dia: kena pandai tanya. Timing kena betul. Kena pandai korek. Kena pandai pantun. Kalau pandai pantun, rancaklah dia dengan macam-macam cerita. Sampai subuhlah aku kena sekolah.
"Ah! Mesti pasal makwe ni.." aku cucuk.
Dia menggeleng.
"Ah! Kau. Kejap, kejap. Bagi aku rasa tomyam kau sikit." Kata dia, pendek.
Perlahan, dia capai sudu dan cedok saki baki tomyam campur aku yang konon punya rasa authentic tapi langsung tak ada rasa macam makanan Thailand pun.
"Apa benda tomyam rasa macam ni! Siot la!" Dia mendengus.
Aku ketawa besar.
"Tom yam ni memang kelakar. Sebab tu aku tak habiskan. Tak sanggup. Tapi kau yang nak rasa, aku bagi lah."
"Dammit. Lain kali bagitau la heads up ke apa. Tomyam apa macam ni? Kan dah terkena aku."
"Yelah, yelah."
"Alright. Enough with them tom yam. Orang buat tom yam, dia pun nak buat tom yam. Tapi tak sedap. Last last habis jahanam semua legasi rasa negeri Thai. Ada ke patut tom yam rasa tawar. Buat pening kepala aku saja."
"Okay, so you were saying..." Potong aku. "Kelakar hidup ni. Go.."
"Takdelah. Aku nampak cuma ada dua sahaja pilihan dalam hidup ni."
"Apa?"
"Bila sampai usia dewasa macam kita ni: either kita bahagia dengan apa yang kita ada, atau tak bahagia dan kita guna alasan itu untuk buat macam macam dengan hidup, sampai porak perandakan hidup semua orang."
"Macam kes tomyam ni la lebih kurang."
"Cuba nak relate nampak. So apa point kau. Lain kali nak makan tomyam, kena pergi Thailand? Macam tu?"
"Ah. Kau loan pttptn pun tak bayar habis. Ada hati nak ke Thailand itu ini."
Aku ketawa.
Macam aku cakap: kalau pandai pantun, dapat macam macam.
Sayang aku bukan Lim Tat.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
KurzgeschichtenDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".