Satu demi satu kawanmu dan kawanku pergi. Mereka panggil tempat tu negeri abadi.
Kekal, atau selamanya.
Tapi sintom untuk ke sana hampir sama tiketnya, kumpul dan menang. Mula-mula dengan rasa tak sedap badan, kemudian jadi serius, kemudian lebih serius dari serius, kemudian hospital, kemudian that darn call in the middle of the night yang buat kau jadi kelu kerana momen atau apa sahaja yang mereka tinggalkan.
"Kadang-kadang tak de sign, terus je direct. Gol!" Aku berseloroh sendirian.
Tapi untuk apa semuanya ini kalau kau masih lagi tak peduli dan masih sibuk mengejar mahu dunia yang tak seberapa ini?
Dan persoalan ini aku sengaja legarkan dalam kepala. "Siapa saja yang mahu hidup selamanya?"

KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Historia CortaDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".