Macam drama swasta.

160 2 0
                                    

Dalam tren, menuju pulang.

Brader sebelah aku dah banyak kali main telefonnya. Sampai aku naik rimas. Kejap dia tekan call, tapi tak sampai seminit, putus. Mulanya aku ingat line telefon, tapi dia masih cuba call balik, ternyata orang yang dia call tak mahu bercakap dengannya. Gerak geri semacam cuak selagi tak dapat bercakap. Aku mula pasang telinga.

"Hello. You, you jangan letak please. Dengar dulu. Hello? Hello? Ahhhh. Sial lah."

"Hello? You. Tolonglah. Dengar kejap je. Kejap je, please."

"Hello. Bukan, you...Bukan...You, you tolong lah cuba faham situasi I sekarang ni..dengar la...kejap..Bagi I cakap dulu..Tak, I tak nak apa yang you janji kat I dulu. You, you dengar sini. I cuma nak kita sekarang ni bersama. Takkan lah tak boleh. Dah, dalam dunia ni cuma ada you sorang je.."

Aku hampir ketawa sebenarnya, tapi aku tahan. Sebab aku boleh agak skripnya. Patutnya, brader ni whatapps saja. Kurang kecoh. Tapi bila aku fikir balik, mungkin brader tak larat nak layan menaip atau brader ni bijak sebab tak mahu konversasinya diprintscreen atau dipertontonkan oleh netizen yang hanya suka menghukum atau jadi bahan ketawa drama mereka.

Tapi bila pengakuan semi-jujur tiba-tiba muncul, terus terang aku hampir ketawa.

"Kelakar ni, wei. Mamat ni tengok cerita apa masa membesar, agak-agak?" Bisik brader bersayap yang bertenggek di bahu kiri aku, menyibuk.

Beberapa minit kemudian, keadaan sedikit reda. Tren kembali sunyi, tanpa suara brader tadi.

Dan macam drama swasta juga, tiba-tiba fonnya berdering. Cuma kali ini, tona suara dia menjawab, jauh berbeza. Lebih mesra dan sedikit nakal.

"Hallooo..yes. I dah dekat ni. Okey, sayang. Kejap lagi I jumpa you."

Makwe lain, barangkali.

Fuh. Drama, drama.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang