"Biarlah hidupku ini punah ranah. Biar koyak, biar berderai, biar hancur lebur hati, biar patah tangkai jiwa ini. Asal dapat ku tulis karya terbaik tentang cinta." Kata dia, apabila ditanya kenapa dia selalu gagal dalam bercinta, tapi penulisannya berbekas di dada.
"Mungkin ini sumpahan buat aku: yang terlalu ketagih untuk merasai derita demi derita, kerana karya yang terbaik selalunya terbit darinya." Keluh dia.
"Ah! Banyak tengok dvd ni." Bisik brader yang bertenggek di bahu kiri ku.
Aku terpaksa tahan ketawa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".