"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang."
Ini tentang perbezaan generasi dan gaya hidup. Dan oleh kerana perbezaan ini, kita cuma mahu menjadi penonton, atau pengkritik, atau juri, atau hakim tanpa memikirkan akibat. Atau lebih teruk, diktator kuku besi yang masih tak mahu menyerah kerana masih dipukau dalam kegemilangan masa silam.
Dua perkataan: Ruang dan peluang.
Jadi buanglah kaca, duri dan paku dalam kata-katamu itu dan ceritakan yang benar, yang tulus dan yang jujur, tanpa perlu menyakitkan orang lain. Kalau dunia boleh berubah, siapa kau yang masih berdegil tak mahukan perubahan.
Tenang. Apa kata kali ini beri restu kepada mereka, si anak muda. Beri peluang untuk mereka, kerana ini dunia mereka juga. Yang tua, kena buat cara tua. Kena tahu caranya untuk menegur.
Jika satu masa dahulu kita lihat bagaimana mudahnya proses hidup ini, maka kita seharusnya mempermudahkannya juga kepada generasi yang akan datang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".