Akan sampai waktu itu dimana apa yang kita pegang dan kita palitkan pada jiwa jadi kepercayaan dan pegangan untuk beberapa detik. Dan apabila detik itu habis, ianya tidak lagi memberi erti. Ia sebenarnya bersifat sementara. Seperti rasa yang datang singgah, waktu kau berkobar-kobar dengan karisma.
Hakikatnya, bila kau berada diusia sebegini: kawan-kawanmu tak selamanya akan muda. Mereka akan datang dan mereka juga akan pergi. Dan bila waktu kau sedang membaca dan cuba menghadam realiti ini, mereka sedang dan telahpun dimamah usia dan itu, kenyataan yang terlalu pahit untuk dihadam. Kita harus menerima kenyataan: yang masa itu akan habis dan semua proses yang kita lalui itu akan membuatkan kita akhirnya, jadi seorang diri. Kita mula dengan kosong dan bila kita penuh, kita akan kembali ke petak kosong. Kerana hidup ini adalah sebuah putaran yang lengkap. Dan kita akan lalui semua ini hingga tiada nadi dan nafas untuk kita sendiri, hingga mati itu jadi pasti.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".