"You're funny. You only talk to things, not humans." Kata dia. Separa mengejek.
Biasa.
Bila dia marah atau sinikal, dia akan cakap orang putih. Macamlah bahasa melayu tak cukup bagus untuk menggambarkan apa yang dia rasa.
Tapi aku suspek dia jadi begini kerana aku kurang beri perhatian padanya. Yelah. Generasi urban sepertinya, sentiasa punya pendapat tentang semua dan segalanya. Yang kadang-kadang sebenarnya, tak perlu pun diluah atau dijadikan sebagai satu statement.
"Well, yeah. At least its way better than talking to a human that treat people like things."
Dia toleh ke kiri dan mencebik.
"Bencinya. Phhft."
Dalam hati, aku ketawa besar.

KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Kısa HikayeDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".