Ini kes lapar teruk selepas pulang bekerja, tapi malas nak keluar dari kereta. Masalah hidup dalam dunia abad dua puluh satu. Nak senang je manjang.
Pandu lalu. Order fries. Konon diet.
Tiba di tingkap pandu lalu. Ada makwe lawa yang bagi order aku. Terus segar biji mata.
"Bidadari mana pulak la yang kena kerja di restoran makanan segera lewat pagi macam ni." Bisik hati.
Terkedu aku kejap.
Makan fries pun rasa di awang awangan. Takde cicah sos. Terus baham straight. Sampai lupa minum air.
Tak puas hati, aku pusing sekali lagi. Kali ni tak bagi chance. Terus aku order snack plate satu.
Sebelum dia tutup tingkap pesanan, kali ini aku beranikan diri bertanya.
"Uhh..Awak ni selalu kerja shift malam ke? Dah 2-3 kali saya ke sini, awak je yang selalu ambil order saya.."
"Ha'ah. Sebab shift malam payment banyak sikit." jawab dia, sopan.
"Oooo. Maksudnya berbaloi lah kerja malam ye?"
"Ha'ah." Jawabnya, dengan senyum yang malu malu.
"Tapi sebenarnya, berbaloi lagi kalau awak jadi siang dan malam saya, fulltime." Terus aku tembak.
Dia ketawa.
"Bodoh" katanya, perlahan.
Astagafirullahaladzim.
Manisnya. Diabetes, tahap potong kaki.
"Nampak gayanya kalau macam ni, terpaksalah aku ke sini selalu, bila malam bertemu pagi." Bisik hati aku, nakal.
"Er, Terima kasih ya, datang lagi" Kata dia, bila terperasan momen tu dah mula lain macam.
Awkward le tu.
Silap-silap esok lusa, dia terus tukar shift.
...Atau tukar kerja.
Cilakak.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".