Seminit dua yang lalu, dalam kepala ini telah ku karang baris-baris puisi agung bersama anyaman kata-kata indah yang bisa memukau dan mencairkan dingin hati dan perilakumu. Manis kata-kata ini bukan selalu datang, hanya berlaku apabila bulan mengambang.
Sayangnya, tangan kananku kini tidak se-responsif dengan apa yang aku fikirkan atau rasa sepertimana apa yang sedang membara di dada. Ia langsung jadi kaku. Cuma, jari tengah sahaja yang sesekali bergerak: nakal melawan normaliti dan isyarat hati. Mungkin ia perlukan kejujuran, atau rasa yang sama.
Lalu masa berganti, dan puisi agung itu cuma tinggal keluhan murah.
"Tiga seringgit, tiga seringgit."
Bisik hati.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
Short StoryDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".